Ibu, Bayi & Kanak Kanak

AskMeDoctor! Musim ke-7, Episod 4: Mengungkap Rahsia “Stretch Marks”: Panduan dan Penyelesaian Untuk Ibu-ibu Baharu

Dr Aizul Hafizi, Motherhood.com.my, Bio-Oil

‘Stretch Mark’ atau tanda regangan merupakan antara masalah kulit yang sering dialami bakal ibu. Buat anda ibu-ibu baharu, jangan risau kerana ia adalah perkara yang biasa.

Dalam episod AskMeDoctor! kali ini, Motherhood.com.my berpeluang untuk menemu bual seorang pakar iaitu Dr Aizul Hafizi dari U.n.i Klinik untuk mengungkap rahsia “stretch marks” atau tanda regangan yang menjadi salah satu kebimbangan bakal ibu.

S1: Mengapakah garisan merah yang berlekuk sering muncul pada perut ibu hamil?

Semasa mengandung, bahagian perut akan meregang dengan cepat untuk menampung kandungan bayi yang semakin membesar dan regangan itu akan menyebabkan lapisan di bawah kulit itu terkoyak dan menyebabkan kelihatan seperti adanya ‘stretch mark’.

Sebenarnya badan kita cuba memperbaiki koyakan tersebut secara ‘natural’ tapi kadang-kadang dengan penghasilan kolagen yang tidak mencukupi untuk memperbaiki koyakan tersebut akan kelihatan seperti ‘stretch mark’ di perut ibu.

S2: Jadi, adakah sesetengah ibu lebih cenderung untuk mendapatkannya berbanding yang lain?

Betul! Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah ibu cenderung untuk dapat ‘stretch mark’ seperti faktor genetik.

Sebagai contoh, dahulu ibu kita mendapat ‘stretch mark’ semasa mengandungkan kita atau adik-beradik yang lain. Jadi kecenderungan anda sebagai ibu mendapat regangan tersebut semasa hamil juga adalah tinggi.

Selain itu, pertambahan berat badan secara mendadak ataupun drastik semasa mengandung juga boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat ‘stretch mark’. Tetapi ingat, ‘stretch mark’ ini bukan satu yang kita boleh ramal dan beranggapan yang kita juga akan mendapatkannya.

S3: Apa yang bakal ibu boleh lakukan semasa mengandung untuk meminimakan ‘stretch mark’ tersebut?

Kunci utama bagaimana kita dapat mengelakkannya adalah dengan pencegahan. Dan antara tips yang anda boleh cuba adalah:

  • Melembapkan kulit: Sentiasa oleskan minyak atau losyen yang berkualiti tinggi untuk mengekalkan tahap kelembapan dan kelembutan kulit. Memulakan rutin pelembap yang baik sebaik sahaja anda tahu anda hamil boleh menjadi sangat bermanfaat.
  • Kekalkan berat badan yang sihat: Anda harus memastikan berat badan naik secara berkala seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Makan diet yang seimbang: Tingkatkan tahap kesihatan badan dengan pengambilan vitamin dan mineral untuk menyokong kulit yang lebih sihat.
  • Kekal hidrat: Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk kekal hidrat.
  • Bersenam: Amalkan senaman yang sesuai semasa hamil untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit.

Dan yang paling penting, sentiasa rujuk dan mendapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.

S4: Bagaimana pula jika ‘stretch mark’ tersebut muncul selepas hamil? Adakah terdapat rawatan yang tertentu?

Walaupun pencegahan adalah cara yang terbaik, namun terdapat juga beberapa pilihan untuk merawat ‘stretch mark’ tersebut. Antara rawatan yang berkesan untuk ‘stretch mark’ adalah dengan menggunakan minyak dan juga krim topikal.

Sesetengah minyak, krim, dan losyen boleh membantu untuk memperbaiki ‘stretch mark’ tetapi hasilnya berbeza bergantung kepada individu. Saya mengesyorkan untuk memilih produk daripada ‘oil base’ ataupun minyak yang mana lebih berkesan.

Pilih produk yang berasaskan semula jadi dan diperbuat daripada minyak tumbuhan tulen. Untuk keberkesanan yang lebih baik, pilih produk yang telah menjalani ujian klinikal.

Untuk rawatan kulit pula, anda boleh cuba rawatan laser yang boleh merangsang pengeluaran kolagen. Ini adalah kerana kolagen sangat penting untuk memperbaiki tekstur kulit dan ‘stretch mark’ tersebut.

Prosedur lain contohnya ‘microneedling’—sejenis prosedur bedah minimal invasif yang menghasilkan salur darah kecil dalam kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen dan berpotensi untuk mengurangkan ‘stretch mark’.

S5: Apakah nasihat doktor kepada bakal ibu untuk menerima keadaan badan mereka selepas bersalin seperti ‘stretch mark’ dan lain-lain?

Kita kena faham bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan yang indah. Jadi, ada pelbagai impak secara literal dan juga secara jasad.

Yang penting, fokus kepada keajaiban yang telah berlaku. Jadikan ‘stretch mark’ tersebut sebagai peringatan buat kita sebagai seorang ibu tentang kekuatan dan daya tahan kita sepanjang melalui proses kehamilan.

Raikan dan yakin dengan badan anda untuk segala yang kita dah tempuhi.

Atasi ‘Stretch Mark’ Dengan Bio-Oil Skincare Oil (Natural)

Bio-Oil Skincare Oil (Natural) adalah jenama terkemuka dalam penjagaan parut dan ‘stretch mark’ yang memahami keperluan unik para ibu.

Bio-Oil menawarkan pelbagai produk termasuk ‘award winning’ Bio-Oil Skincare Oil (Natural). Minyak 100% semula jadi ini terbukti secara klinikal untuk membantu mengurangkan penampilan ‘stretch mark’.

Ia juga berkesan untuk kulit kering dan pigmentasi yang sering menjadi kebimbangan para ibu semasa hamil. Bio-Oil adalah penyelesaian yang selamat dan komprehensif yang boleh anda percaya sepanjang perjalanan kehamilan anda.

Dirumus khas tanpa bahan sintetik atau bahan kimia, setiap botol Bio-Oil Skincare Oil (Natural) digabungkan dengan 14 minyak tumbuhan semula jadi, yang disasarkan khusus untuk mencegah dan merawat ‘stretch mark’, termasuk:

  • 3 Minyak Asas: Minyak kacang soya, minyak biji bunga matahari dan minyak biji Safflower
  • 4 Minyak Pakar: Minyak biji Jojoba, minyak biji Chia, minyak biji Delima dan minyak biji Inca Inci
  • 2 Minyak Vitamin: Minyak Wheatgerm dan minyak Rosehip
  • 5 Minyak Pati: Minyak Chamomile, minyak Lavender, minyak Rosemary, minyak Calendula dan minyak Patchouli

Bio-Oil Skincare Oil (Natural) adalah 100% semula jadi dan selamat untuk ibu mengandung. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Yang penting, raikan tubuh badan anda terutamanya sepanjang proses kehamilan, kurangkan tanda regangan dan pelbagai masalah kulit dengan Bio-Oil.

Ikuti pelbagai episod AskMeDoctor! terkini di Story Motherhood.com.my hari ini.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai info menarik sepanjang kehamilan anda di SINI.