Lupakan kad imbasan! Cara terbaik untuk membantu pembesaran otak bayi adalah dengan banyakkan keseronokkan, permainan dan kasih sayang.
Risau jika anak anda tidak bijak, kerana tidak suka ‘baby bach’? ganggu masa tidur anda dengan kedegilannya? anak anda tidak berminat dengan abjad?
Campuran genetik dan faktor persekitaran membantu meningkatkan IQ si kecil, peranan paling penting adalah sesuatu yang anda kawal; kualiti penjagaan yang diberikan kepada bayi. Kasih saying dan memupuk bayi adalah penting untuk intelektual yang secukupnya. Kata Robert G. Voigt,M.D, pembangunan pakar kanak-kanak di klinik Mayo, Rochester, Minnesota. Juga penting, melibatkan anak anda dalam aktiviti-aktiviti merangsangkan otak, seperti di bawah. Disamping itu, terdapat keseronokkan antara anda dan si kecil.
- Berborak dengan si Kecil.
“Terdapat hubungan antara jumlah perkataan bagi kanak-kanak dengar ketika bayi” kata Lise Eliot, Phd, pengarang what’s going on in there? How the Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life. Lebih banyak anda bercakap dengannya, lebih banyak kata-kata yang akan diketahui. Mudahkan perbualan anda supaya bayi akan faham. selain berbual tentang percutian, cuba bercakap tentang selimut atau pakaiannya. Contohnya, jika dia ingin berbual dengan anda, huraikan dalam bentuk “oh, awak nak botol ya!”
- Membaca buku.
Membaca buku bersama dapat menyatukan hubungan antara anda dan si kecil, juga dapat membantu dia berlajar. “dia akan mula faham bab asas dari bacaan anda. Ada huruf dan perkataan dalam muka surat yang and abaca dari kiri ke kannan” kata Linda Acredolo, PhD, profesor psikologi di Universiti California, Davis. Gambar memudahkan bayi untuk melihat seperti kapal dan harimau.
Di penghujung muka surat, bersabar dan baca semula. Setiap kali anda lakukannya, ingatan bayi anda akan bertambah dan satu kegembiraaan untuknya apabila dia dapat meramal perkara selanjutnya.
- Pengunaan isyarat.
Gunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan si kecil sebelum dia berkata-kata. Anda dapat membantu intelektualnya berkembang. “saintifik data mangatakan bahasa isyarat mempunyai kesan positif dalam IQ dan pembesaran bahasa” kata Dr. Acredolo. Menurut kajian di Universiti Carlifornia, Davis, bayi yang berlajar 20 isyarat bercakap awal dan mempunyai IQ tinggi daripada tidak berlajar. Di samping itu, layari laman web babysigns.com atau baca buku dia mengarang bersama, ‘Baby Signs’. Juga, ‘Baby Sign Language Basics: Early Communication for Hearing Babies and Toddlers, oleh Monta Z. Briant, dan laman web signingtime.com
- Penjagaan
Bayi yang mengambil susu badan lebih bagus, kata Dr. Eliot. Lebih lama bayi itu mangambil susu badan ketika tahun pertama, lebih tinggi IQ akan berkembang. Tetapi, kita anda menggunakan susu fomula, jangan bimbang. Kajian mengatakan perbezaan IQ diantara susu badan dan susu fomula hanya sedikit.
Jika anda menggunakan fomula, American Academy of Pediatrics mencadang susu yang mengandungi zat besi untuk bayi tahun pertama. Universiti Michigan mengkaji kanak-kanak yang mempunyai masalah, hidangkan susu yang kurang zat besi pada permulaan
- Masa bersendirian
Jika anda memberikan mainan setiap kali si kecil bangun dari tidur, anda akan meletihkannya sebelum meningkatkan daya otaknya. Di samping itu, anda tidak membantu tahap tumpuan perkembangan si kecil. Hal ini penting dalam memastikan kejayaan akademiknya. “Ada berpendapat kanak-kanak perlukan hiburan sepanjang masa, tetapi mereka perlukan masa bersendiri seperti merangkak, bermain dengan permainan” kata Dr. Eliot.
- Mengeratkan hubungan dengannya
Apabila si kecil tahu anda sentiasa memenuhi kehendaknya dalam kasih sayang dan dipercayai, dia memerlukan pembimbing untuk meneroka jalannya sendiri. Oleh itu, anda angkat dan peluk si kecil dan banyakkan bertentangan mata. “Satu perkara memberi motivasi kepada si kecil untuk berlajar bercakap adalah berhubung dengan seseorang” kata Dr. Arcedolo. Oleh itu, si kecil menunjuk kepada ibu bapa bunga dan bintang kepada nenek. Mereka mahu membina satu hubungan.
Dengan banyak bermain dan berpeluk, anda hanya buat itu dan kamu berdua mendapat kasih sayang.