Apabila kulit lembut bayi mengeluarkan tompok merah, kering, gatal-gatal, ini disebabkan ekzema. Biasanya terjadi pada bayi berusia 2 hingga 6 bulan, 20 peratus daripda kanak-kanak dan bayi mengalami ekzema (atau ruam merah pada kulit). Jika bayi anda gatal-gatal dan tidak selesa, 6 petua yang berkesan ini mampu merawat kulitnya.
6 Petua yang berkesan untuk merawat ekzema:
- Elakkan perengsa topikal
Kebanyakkan bayi mempunyai kulit yang alah pada penyembur wangian, pewarna dan bahan kimia yang terdapat dalam barangan di rumah seperti sabun, pencuci pakaian, dan buih mandian. Heidi F. berpendapat, penukaran produk bebas dari bahan alahan mampu membantu menghilangkan ekzema: “Untuk sabun, kami menggunakan Dove untuk kulit sensitif, saya menggunakan produk bebas wangian. Saya juga menemukan Mr.Bubble untuk kulit sensitif, dapat memberi lebih keseronokan untuk mandian mereka. Saya juga telah diberitahu oleh doktor untuk mencuci pakaian mereka mengunnakan bahan pencuci bebas wangian bersama pelembut pakaian. Ini semua mampu mengurangkan kegatalan dan ruam.”
- Menguji alahan pada pemakan
Perengsa topikal bukan sahaja tindak balas alahan yang mampu menyebabkan ekzema. Sebagai seorang ibu pada dua orang anak, Sarah P. berkongsi, “Anak saya mengalami ekzema yang sangat teruk apabila dia berusia setahun. Doktor mengesyorkan untuk menguji alahan pada pemakanannya. Ternyata dia alah pada beberapa benda, setelah dijauhkan daripada pemakanannya, ekzema terus menghilang.” Simpan jurnal makanan untuk melihat jika makanan lain mungkin penyebab, atau tanyakan pada pakar kanak-kanak untuk mencadangkan seorang pakar kulit.
- Gunakan krim ekzema
Sapukan dengan perlahan-lahan, krim ekzema yang bebas dari wangian adalah salah satu daripada rawatan yang berkesan. Pembaca mencadangkan menggunakan krim ekzema dua kali sehari, terutama selepas mandi. Antara produk yang terkenal dikalangan ibu-ibu termasuklah Aquaphor by Eucerin, Cetaphil, California Baby, dan Aveeno. Vaseline disarankan untuk pelembab.
- Elakkan berjemur
Puan Kelly F. menyarankan kanak-kanak berpenyakit ekzema memakai pakaian yang longgar, fabrik yang mudah bernafas: “kebanyakan fabrik yang nipis mampu membakar kulit dapat membuatkan ekzema semakin teruk.” Elakkan fabrik yang tebal dan kasar seperti kapas. Jamie D. menyatakan “Jangan biarkan air itu panas cuma sedikit suam.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
- Mengurangkan kerosakan garu
“Saya bimbang dia akan garu di mukanya dengan teruk jika dia biarkan tidak berhenti.” Kongsi Melissa E. “selalunya ketika dia lena tidur.” Ekzema membuatkan kulit gatal teruk, maka dia akan kerap menggaru. Untuk mengelakkan bayi anda dengan luka dan jangkitan daripada ruam yang teruk,pastikan kuku sentiasa bersih, pendek, dan ditutup pada waktu malam. “cuba gunakan sarung tangan bayi yang ringan,” cadang Robyn S.
- Beri Ubat
Sesetengah pembaca termasuk, Amber P. berkata, beberapa rawatan yang disenarai tersebut tidak mampu memulihkan sesetengah ekzema bayi, jadi mereka terpaksa menggunakan ubat yang lebih kuat. “Baru-baru ini kami membawanya ke doktor lain dan diberitahu apa yang kami lakukan adalah baik untuk ekzema (membasuh dengan Aveeno dan menggunakan losyen Aveeno, menggunakan Vaseline untuk sentiasa lembap, menghapuskan semua wangian – bahan pencuci pakaian, losyen, semua yang bersentuh dengannya) tetapi kadang-kadang ia tidak cukup sekadar itu kata doktor tersebut juga. Oleh itu dia mencadangkan menggunakan krim steroid dipanggil triamcinolone acetonide. Sejak kami mula menggunakannya, mukanya bersih sepenuhnya dan kami tidak mempunyai sebarang jerawat dalam tempoh hampir dua minggu. Ia sememangnya barang paling terbaik.”
Ibu yang lain, seperti Montana ibu Lindsy F., mengesyorkan krim hydrocortisone: “Hydrocortisone memberi keajaiban untuk anda! Anda tidak perlu mendapatkan penetapan untuk itu. Ia terdapat dalam krim anti-gatal, juga sebahagian daripada kesihatan dan bahagian kecantikan.” Walau bagaimanapun, pakar kanak-kanak dan puan Helen T. menasihatkan supaya ibu bapa menggunakannya dengan berhati-hati: “Anda perlu berhati-hati menggunakan krim cortison dalam pelbagai tujuan lebih daripada tempoh yang singkat, ia akan memberi kelegaan yang diperlukan tetapi ia bukanlah penyembuh untuk jangka panjang ia mempunyai kesan sampingan selepas bertahun-tahun digunakan dan ia merawat simptom bukan masalah.”
Artikel ini dipetik daripada www.popsugar.com