Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #5: Seks Bebas & Suburnya Pengguguran Janin tidak Berdosa

remaja dan pengguguran

Untuk baca edisi Inggeris artikel ini, klik disini.

Nampak comel dan suci je kan bayi ni? Tapi kenapa masih ramai yang tak sedar dan kejam? Kadar pengguguran kandungan oleh remaja bawah umur bukan lagi berita asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun kita cuba untuk menafikan, tapi kes buang bayi, gugur kandungan dan sebagainya dah jadi seperti satu perkara yang normal di negara kita. Malah, kes-kes macam ni semakin meningkat dari hari ke hari.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa 1011 bayi dibuang antara 2006 hingga 2016.

Itu baru kes bayi dibuang yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan? Kes pengguguran janin luar nikah secara haram? Pastinya lebih banyak!

Bayangkan remaja perempuan yang masih bujang dan bersekolah, tiba-tiba didapati mengandung. Ada yang rela hati terima akibat perbuatan mereka dan memilih untuk bertanggungjawab menjaga bayi tersebut. Tak kurang juga yang buat keputusan untuk menggugurkan janin tak bersalah itu.

Highlighted


Kalau dah ter-mengandung, kenapa perlu gugur?

Semestinya kerana persekolahan dan pembelajaran. Bila dah ter-mengandung, baru tau padahnya. Macam mana dengan nak belajar lagi, jaga anak lagi. Mereka yang mengandung pasti akan fikirkan masa depan mereka dan bayi. Lahirnya seorang bayi boleh mengubah pelbagai keadaan. Samada buruk atau baik, bergantung kepada cara si ibu dan pasangan.

Anak-anak, kalau dah pandai melibatkan diri dalam pergaulan seks bebas, lalu ter-mengandung, sanggup pula anda memilih untuk gugurkan kandungan tu ya?

“Saya tak tahu  apa yang kami buat tu boleh buatkan saya mengandung…”  

Ramai sebenarnya yang terjebak dalam keadaan macam ni. Dalam bahasa kasarnya, buat pandai jaganya tidak. Habis, siapa yang nak bertanggungjawab?

Antara punca remaja fikirkan pengguguran kandungan adalah lebih baik:

  1. Mereka tahu mereka tidak mampu untuk bertanggungjawab dan belum bersedia untuk menjadi seorang ibu.
  2. Tiada sokongan moral ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.
  3. Masalah kewangan – samada bajet yang tidak mencukupi atau tiada sokongan dari segi kewangan.
  4. Pasangan lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.
  5. Kehamilan akibat dirogol 🙁

Jadi, apa solusinya?

Lebihkan Vitamin K Ibu Bapa 

Selain the real Vitamin K yang penting untuk kesihatan, dua lagi ‘Vitamin K’ yang penting dan menjadi ‘makanan’ emosi anak-anak kita – komunikasi dan kasih sayang.

Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Pantau apa yang mereka lakukan, dengan siapa mereka berkawan dan cara pergaulan mereka. Sentiasa bertanyakan kepada mereka aktiviti harian dan perasaan mereka.

Communicate dengan anak-anak selalu hingga mereka sendiri yang akan bercerita dengan anda tentang semua perkara. Belai mereka dengan kasih sayang. Bukan bermakna perlu manjakan mereka, tapi cukup dengan sikap prihatin dan perhatian yang anda harus berikan.

Jangan lupa ikuti siri #SexEducation kami untuk lebih banyak informasi dan fakta MENARIK!

Dapatkan produk bayi eksklusif dan murah hanya di motherhood.com.my!