Seksakan bila baru lepas hadap sakit nak bersalin dah kena hadap sakit rengat selepas bersalin pula! Rasa macam sakit contraction nak bersalin pun ada. Ada yang cakap sakit rengat ni macam sakit senggugut tapi lagi advance dari senggugut.
Sakit yang tak boleh bincang la senang cakap! Bukan semua orang pernah rasa sakit rengat lepas bersalin ni, ada Mommy yang pernah rasa rengat atau sakit perut selepas bersalin ini, ada yang rasa sikit-sikit, dan ada juga yang tak rasa sakit langsung. Yang tahu je tahu macam mana sakitnya rengat lepas bersalin atau sakit selepas bersalin ini.
Tapi apa sebenarnya sakit rengat ni? Kalau nak tahu lebih jelas lagi, Mommy perlu ikuti perkongsian di bawah ini.
Jom lihat!
Rengat Selepas Bersalin
Rengat atau sakit perut selepas bersalin ialah proses pengecutan rahim ke bentuk asal selepas bersalin. Ini kerana semasa mengandung rahim telah berkembang untuk memberi ruang kepada bayi membesar. Rahim perlu mengecut ke bentuk yang asal untuk mengelakkan risiko pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan.
Pendarahan yang berterusan dan banyak boleh menyumbang kepada kematian si ibu. Walaupun sakit rengat ini sakit seperti contraction namun ianya tidaklah berbahaya. Malah, rengat ini sebenarnya membantu proses pengecutan rahim berlaku dengan lebih cepat. Tetapi, bagi Mommy yang menghadapi rengat ini pastinya merasa sangat tidak selesa.
Apa tidaknya, sudah la kena hadap rasa sakit luka jahitan, perlu menyusukan bayi dan perlu uruskan bayi ditambah pula rasa sakit rengat selepas bersalin ini. Tetapi tetap jua gagah demi si comel Mommy. Hebatnya seorang wanita yang bergelar ibu atau Mommy ni kan?
Petua atau Tips Kurangkan Sakit Rengat Selepas Bersalin
Apa cara yang boleh bantu Mommy untuk kurangkan rasa sakit rengat selepas bersalin ini? Ada sebarang tips atau petua yang boleh Mommy lakukan?
Jawapannya Ya. Mommy boleh cuba beberapa tips atau cara hilangkan sakit rengat selepas bersalin seperti di bawah untuk menghadapi sakit rengat selepas bersalin iaitu:
#1. Bertungku
Antara tips yang boleh Mommy buat jika mengalami rengat lepas bersalin ialah bertungku. Cara tradisional ini adalah antara cara paling famous yang diamalkan oleh kebanyakan mereka yang berhadapan dengan sakit ini. Bertungku ini banyak kebaikannya terutamanya kepada mereka yang baru melahirkan anak.
Bertungku ini dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami dan membantu untuk mengeluarkan darah kotor yang terkumpul di dalam rahim. Jika dahulu Mommy perlu mencari batu sungai untuk dijadikan tungku tetapi tidak lagi sekarang. Ini kerana Mommy boleh gunakan tungku moden yang banyak dijual dipasaran sekarang.
#2. Hilangkan Rengat Selepas Bersalin dengan Urutan
Berurut dengan wanita baru bersalin sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mommy boleh cuba berurut untuk membantu mengurangkan rasa sakit rengat lepas bersalin. Pastikan mommy cari tukang urut yang memang mahir mengurut wanita lepas bersalin.
Awas jika Mommy bersalin secara pembedahan. Pilihan untuk mengurut ini adalah lebih sesuai bagi Mommy yang bersalin secara normal.
#3. Hilangkan Rengat Selepas Bersalin dengan Minyak Panas
Antara tips lain ialah gunakan minyak panas. Bukan minyak masak panas tau Mommy tapi minyak angin panas! Minyak angin panas ini akan membantu mengurangkan rasa sakit rengat Mommy. Caranya adalah sapukan pada perut atau tempat yang Mommy rasa sakit.
#4. Teknik Pernafasan Hypnosis
Selain itu, Mommy boleh lakukan teknik pernafasan hypnosis untuk menenangkan diri Mommy. Teknik pernafasan ini bukan sahaja membantu untuk tenangkan Mommy tetapi juga bantu untuk kurangkan rasa sakit Mommy. Sama seperti semasa sakit bersalin, Mommy boleh lakukan teknik pernafasan ini.
#5. Hilangkan Rengat Selepas Bersalin dengan Berbaring
Mommy yang perlu menyusukan bayi tetapi pada masa yang sama sakit rengat sedang menyerang, Mommy boleh cuba untuk berbaring. Banyakkan berbaring ya Mommy.
#6. Ubat Tahan Sakit
Ubat tahan sakit adalah option terakhir sekiranya sakit yang Mommy rasa sangat teruk. Hal ini kerana, ubat tahan sakit tidak disyorkan namun boleh diambil atas nasihat doktor. Ini juga supaya Mommy tidak stress dengan sakit yang dialami sekaligus boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
Akhir kata, berjumpalah dengan doktor sekiranya kesakitan yang dialami terlalu teruk dan pendarahan yang berlaku terlalu banyak. Hal ini kerana, pendarahan yang banyak mungkin disebabkan oleh perkara lain yang tidak diketahui dan ianya sangat berbahaya bagi mommy yang baru bersalin.
Oleh itu, hanya dengan pemeriksaan lanjut oleh doktor mampu membantu Mommy. Semoga membantu!
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai penjagaan dalam pantang yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.