Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Renovate Rumah Dengan Langkah Yang Super Jimat

renovate rumah

Kredit gambar: www.northwesternmutual.com

Apabila bercakap mengenai renovate rumah semua orang pasti akan menganggap bahawa untuk melakukannya anda memerlukan sejumlah wang yang banyak. Tidak Mommy! Sebenarnya semua itu terletak pada cara kita mendekonya, apakah barangan yang kita beli atau bahan yang kita gunakan dan semua itu bergantung kepada bajet kewangan Mommy sendiri.

Kalau Mommy mempunyai bajet yang tinggi, boleh je kalau nak guna bahan-bahan atau barangan rumah yang mahal-mahal untuk renovate. Tetapi kalau bajet Mommy ciput je, ada cara untuk manfaatkannya! Seperti yang kami kongsikan beberapa tips atau cara dekat bawah ini, jom lihat!

Cara Mudah Renovate Rumah Dengan Kos Yang Rendah

#1. Tukar Backsplash

Highlighted

Kredit gambar: www.decorilla.com

Tips mudah untuk jadikan dapur anda kelihatan seperti baharu adalah dengan mengubah corak backsplash dapur anda dengan sesuatu yang lebih menyegarkan dan menambahkan visual yang lebih menarik. Dengan melakukan sedikit perubahan kecil namun menghasilkan impak yang luar biasa ini, anda tidak perlu lagi menukar keseluruhan dapur anda.

#2. Naik Taraf Perabot

Kredit gambar: www.homedit.com

Tips yang kedua pula adalah dengan menaiktaraf wajah kabinet lama menjadi baharu semula. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih beberapa bahan ini seperti cat, kertas dinding, produk lekapan kayu atau lain-lain untuk memberikan wajah baharu kepada perabut anda.

Anda juga boleh menanggalkan pintu supaya ia menjadi storan terbuka atau menukar tombol pintu kabinet dengan corak yang lebih menarik lagi dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu lagi mengubahsuainya dengan membeli yang baharu.

#3. Naik Taraf Dinding

Kredit gambar: malaysiahomie.com

Dinding yang kosong akan membuatkan kediaman anda nampak bosan dan tidak menarik. Langkah mudah adalah dengan memasang wainscoting padanya untuk menambahkan lagi seri ruang rumah anda. Anda juga boleh mengecat dinding dengan cat yang bercorak.

#4. Naik Taraf Katil

Kredit gambar: www.thespruce.com

Penggunaan katil yang sama sepanjang masa, kadang-kadang akan membuatkan suasana bilik anda kelihatan suram dan tidak bertenaga. Kalau hendak beli yang baharu, ia memerlukan kos yang mahal. Jadi penyelesaian mudah adalah dengan menukar kepala katil kepada rekaan yang baharu. Anda boleh lakukan sedikit perincian atau pengubahsuaian pada kepala katil anda dengan menambah hiasan atau mengecat atau membuat sedikit ukiran jika ia adalah jenis kayu.

#5. Lampu Baharu

Kredit gambar: lbb.in

Pencahayaan merupakan faktor penting untuk mewujudkan suasana kediaman yang diingini. Apa kata, kalau anda menukar lampu lama kepada yang baharu untuk membangkitkan suasana yang lebih menarik dan cantik dengan hiasan lampu yang baharu.

#6. Cat Tangga

Kredit gambar: www.elledecor.com

Bagi anda yang mempunyai tangga di rumah, boleh juga mengubahsuai tangga lama tersebut dengan cara mengecatnya. Gunakan cat yang terang dengan membuat alur atau corak yang kemas, menarik perhatian, padat dan cantik di tangga anda.

#7. Tambah Ruang Lepak

Kredit gambar: idea.grid.id

Wujudkan ruang santai atau tempat untuk melepak di luar rumah anda. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membeli kerusi dan meja yang santai untuk diletakkan di suatu sudut, sebuah pasu bunga atau pokok hiasan, dan lampu. Rumah anda pasti akan kelihatan lebih menarik.

#8. DIY

Kredit gambar: www.housebeautiful.com

Tonjolkan kreativiti anda dengan melakukan DIY sendiri. Anda boleh melakukannya dengan membuat beberapa hiasan atau  storan seperti membuat rak kasut, bekas buangan sampah dari kayu dan sebagainya mengikut kekreatifan anda sendiri.

#9. Tambah Item Hiasan Dalaman

Kredit gambar: www.whiteteak.com

Tukarkan hiasan dalaman anda kepada yang baharu. Ia tidak menggunakan kos yang tinggi. Anda masih boleh mendapatkan barangan hiasan yang cantik dan menarik dengan harga yang rendah.

#10. Memperbaiki Susun Atur

Kredit gambar: ifreebsd.ru.com

Akhir sekali, ubahsuai kedudukan perabut anda dengan kedudukan yang lebih cantik dan tersusun. Anda boleh membuka ruangan dapur agar ia menjadi terbuka, atau jika tidak mahu anda boleh membuat penghadang moden sebagai pembahagi ruang. Dengan melakukan ini, anda telah mencipta suasana yang baharu kepada kediaman anda.

Cipta kelainan pada rumah anda dengan cara jimat seperti yang kami kongsikan di atas. Semoga ia dapat membantu anda mengubahsuai rumah dengan cara yang jimat!


Ketahui juga tips deko ruang tamu untuk kediaman anda di SINI!