Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Buat Resepi Agar-agar Milo – Menu Kesukaan Anak-anak!

resepi agar agar milo

Kredit gambar: cikmatahariku.blogspot.com

Siapa yang tidak suka Milo? Minuman yang menyegarkan dan penuh dengan rasa coklat yang memikat. Sekarang, bayangkan menghidangkan Milo dalam bentuk agar-agar yang lemak dan manis, pasti menarik perhatian ramai untuk mencubanya!

Resepi agar-agar Milo ini mudah disediakan dan memberikan kesegaran serta kenikmatan kepada semua yang mencubanya. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan resepi ini.

Resepi Agar-agar Milo

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali
  • 1400ml air
  • 1 tin susu
  • 1 1/2 cawan Milo
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 3 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula pasir (tambah lebih jika ingin lebih manis)

Cara-cara memasak:

#1. Mula-mula, Mommy perlu didihkan 1400ml air dan masukkan agar-agar tali. Kacau sehingga agar-agar yang dimasukkan Mommy tadi larut sepenuhnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Setelah agar-agar tadi menjadi larut, Mommy perlu tambahkan susu, Milo, serbuk koko, susu tepung, dan gula pasir ke dalam periuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian, Mommy gaulkan semua bahan dengan rata sehingga mencapai kekentalan yang diinginkan dan biarkan campuran itu mendidih dengan sempurna.

#4. Selepas mendidih, Mommy perlu matikan api dan tuangkan campuran agar-agar ke dalam bekas yang sesuai.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Biarkan agar-agar yang dimasak tadi itu sejuk di dalam bekas dan sehingga ia mengeras sepenuhnya.

#6. Setelah sejuk, Mommy boleh potong mengikut saiz yang Mommy suka dan agar-agar Milo siap untuk disajikan. Ia lebih sedap apabila dimakan dalam keadaan sejuk.

resepi agar agar milo
Print

Resepi Agar-Agar Milo

Course Pencuci Mulut
Cuisine Melayu
Keyword Kanak-kanak, Keluarga, Lunchbox

Ingredients

  • 1 paket Agar-agar tali
  • 1400 ml Air
  • 1 tin Susu
  • 1 ½ cawan Milo
  • ¼ cawan Serbuk koko
  • 3 sudu Susu tepung
  • 2 sudu Gula pasir

Instructions

  • Didihkan 1400ml air dan masukkan agar-agar tali. Kacau sehingga larut sepenuhnya.
  • Setelah agar-agar larut, tambahkan susu, Milo, serbuk koko, susu tepung, dan gula pasir ke dalam periuk.
  • Gaulkan semua bahan dengan rata sehingga mencapai kekentalan yang diinginkan dan biarkan campuran itu mendidih.
  • Selepas mendidih, matikan api dan tuangkan campuran agar-agar ke dalam bekas yang sesuai.
  • Biarkan agar-agar yang dimasak tadi itu sejuk di dalam bekas dan sehingga ia mengeras sepenuhnya.
  • Setelah sejuk, potong mengikut saiz yang anda suka dan agar-agar Milo siap untuk disajikan.

Dengan langkah-langkah yang mudah diikuti dan rasa Milo yang disukai oleh ramai, resepi ini pasti akan menjadi kegemaran dalam hidangan pencuci mulut atau snek di rumah Mommy!

Dan yang paling pasti sekali, anak-anak pasti tidak menolak dan sukakan menu masakan Mommy kali ini, selamat mencuba!


Selain perkongsian mengenai cara-cara untuk memasak resepi agar agar milo yang sangat-sangat sedap di atas, Mommy semua boleh juga ikuti perkongsian mengenai panduan memasak resepi-resepi masakan menarik yang lain di SINI!