Menu air asam ikan bakar merupakan antara menu termudah nak buat. Untuk ikannya, hanya panggang tawar sahaja. Kita tak nak nanti kalau ada rempah apa-apa, kacau pula rasa air asam kita bila dicicah nanti. Tapi kalau nak gaulkan dengan garam dan kunyit sedikit, boleh juga.
Untuk air asamnya pula, Motherhood nak kongsikan resepi yang mudah sangat. Potong-potong dan gaulkan je, terus siap untuk dinikmati bersama ikan bakar segar.
Jom cuba buat!
Resepi Air Asam Ikan Bakar
Resepi oleh: Dapur Biru
Bahan-Bahan
- 2 biji cili merah yang dihiris
- 4 biji bawang merah kecil yang dihiris
- Sebiji tomato yang dihiris
- Sesudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- Sesudu kecil garam
- Sesudu kecil gula
- Air pati asam jawa
Cara-Cara
1. Ke dalam mangkuk, masukkan cili merah, bawang merah kecil dan tomato yang dihiris.
2. Kemudian, masukkan pula sos cili dan sos tomato.
3. Diikuti air pati asam jawa.
4. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula.
5. Gaulkan sebati kesemuanya dan siap!
Tips Buat Resepi Air Asam Ikan Bakar
- Yang mudahnya buat air asam ni, rasanya subjektif untuk setiap orang. Mommy hanya perlu agak-agak je rasa manis, masin, masam dan pedasnya.
Cuba juga resepi nasi goreng ikan masin yang menyelerakan ni Mommy. Sekarang ni musim demam, menu-menu macam ni lah penyelamat kan?
Selamat mencuba!
Untuk pelbagai resepi bakar yang lain, Mommy boleh klik SINI.