Selalunya kalau untuk sarapan pagi dan minum petang, bila teringin juadah ringan yang lembut gebu, buat cekodok lah kan?
Sebenarnya banyak lagi resepi menarik lain yang Mommy boleh cuba tau. Contohnya, resepi apam nasi yang gebu-gebas ni.
Rugi kalau tak cuba, bolehlah habiskan nasi yang ada dalam peti sejuk tu!
Resepi Apam Nasi
Resepi oleh: cookpad
Bahan-Bahan
- Secawan nasi
- Secawan gula
- 1 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil yis kering
- 1 paket Eno yang warna biru
- Pewarna merah, kuning, hijau dan unggu
Bahan untuk kelapa parut
- Sebiji kelapa parut muda – ambil yang putih sahaja
- 3/4 sudu kecil garam halus
- Sesudu besar gula pasir
- Sehelai daun pandan yang dipotong kecil
Cara-Cara
1. Masukkan nasi, gula dan air ke dalam pengisar.
2. Kisarkan kesemuanya halus.
3. Masukkan pula tepung beras, tepung gandum dan yis.
4. Kisarkan lagi hingga sebati dan tapis untuk pastikan tiada ketulan tepung.
5. Masukkannya ke dalam bekas bertutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 3-5 jam.
6. Kemudian, kacaukan adunan yang telah kembang perlahan-lahan.
7. Campurkan Eno ke dalamnya dan kacau sebati.
8. Bahagikan adunan ini kepada beberapa bahagian untuk dibuat pelbagai warna.
9. Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan pelbagai warna tadi sehingga hampir penuh.
10. Didihkan pengukus, kemudian kukuskan apam nasi selama 20 minit.
11. Bila dah masak, keluarkan apam nasi dari acuannya.
12. Untuk ramuan kelapa parut pula, gaulkan kelapa parut bersama garam, gula dan daun pandan.
13. Kukus sekejap ramuan ini selama 5 minit supaya kelapa parut tahan lebih lama nanti.
14. Apam nasi gebu sedia untuk dicicah bersama kelapa parut. Sedapnya!
Tips Buat Apam Nasi
- Sebaiknya, gunakan kelapa muda untuk ramuan kelapa parut. Kelapa yang dah tua akan terasa kasarnya dan tak sedap dimakan bersama apam nasi yang gebu.
- Penting ya untuk kisarkan ramuan apam nasi sehingga betul-betul halus dan tapiskan kemudiannya untuk dapatkan tekstur yang gebu.
Resepi Apam Nasi
Orang tua dan kanak-kanak, semuanya memang suka apam yang lembut dan gebu-gebas kan? Bolehlah dibuat sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga!
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.