Masakan asam rebus ni memang dijamin boleh membuka selera. Rasa masam asamnya, pedas-pedas manja, dihirup lagi kuahnya yang panas, memang menyegarkan. Terutamanya kalau tengah rasa tak sedap badan, rasa nak demam ke, memang kena masak asam rebus ikan ni Mommy.
Jangan risau tentang resepinya. Kali ini Motherhood nak kongsikan resepi asam rebus ikan yang mudah je. Orang tua-tua kata, campak-campak dah siap!
Resepi Asam Rebus Ikan
Resepi oleh: Dapur Biru
Bahan-Bahan
- Ikan cencaru
- Sebiji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Seinci halia
- 2 senduk kecil cili kisar
- Sesudu besar serbuk kunyit
- Air secukupnya
- Sedikit garam
- Bendi
- Sekeping asam keping
- Cili hidup
Cara-Cara
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam periuk.
2. Diikuti dengan cili kisar, serbuk kunyit, asam keping dan air secukupnya.
3. Kacau dan panaskan hingga ia mendidih, terus masuk ikan.
4. Tunggu sekejap dan masukkan bendi pula. Perasakan dengan garam juga ya.
5. Bila ikan dah masak dan bendi dah lembut, siap!
Tips Memasak Asam Rebus Ikan
- Selain daripada ikan cencaru, Mommy boleh juga guna ikan kembung dan ikan selar.
- Bergantung kepada kepedasan cili kisar, kalau dah pedas, Mommy tak perlu dah letak cili hidup ya.
Senang kan Mommy? Nanti dah cuba asam rebus ikan yang mudah ni, bolehlah cuba nasi goreng ikan masin ni pula. Dua-dua pastinya akan membuka selera Mommy.
Selamat mencuba!
Dapatkan pelbagai resepi menarikĀ DI SINI.