Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam 3 Budak Gemok Bersama Sambal Geseknya Yang Pedas Berapi Tapi Nak Lagi!

resepi ayam 3 gemok

Sumber Facebook@MAHN

Resepi ayam kicap 3 budak gemok ini memang populur bahkan ianya merupakan menu yang paling mudah dimasak dan sangat lazat untuk dinikmati oleh keluarga tersayang. Apatah lagi jika anda memasaknya dengan penuh keikhlasan di hati.

Resepi ini sangat sedap bila dimakan dengan nasi putih yang masih panas-panas ditambah pula sambal belacan pasti menambah selera anda. Apa yang menyedapkan lagi masakan ayam ini adalah ayamnya yang berpalit dengan kuah serta warna yang cantik hitam berkilat menambahkan lagi aura kesedapannya.

Jom ikuti panduan dan tips yang telah kami kongsikan di bawah ini bagaimana cara memasak menu yang popular dan sangat sedap ini.

Resepi Ayam 3 Gemok 

Bahan-Bahan Utama 

  • 1 ekor ayam – di potong kecil (kerat 16) diperap bersama garam kunyit
  • 7 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • Kicap lemak manis (Cap Kipas Udang)

Bahan Tambahan

  • 1 biji kentang ( potong nipis dan digoreng)
  • 4 batang serai (ketuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit susu pekat manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • 1 inci halia
  • 2 biji Cili padi
  • 1 sudu serbuk kari ayam

Bahan Hiasan

  • 1 biji bawang besar Holland (potong bulat)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 2 tangkai cili merah & hijau (belah 4)

Cara-cara Memasak

#1. Mula-mula Mommy goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#2. Kemudian buang minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan yang telah ditumbuk, bersama cili yang telah dikisar dan serai sehingga wangi. Jangan lupa taburkan daun kari.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#3. Seterusnya Mommy tambahkan kicap lemak manis beserta sedikit air. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan sehingga menjadi hampir pekat.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Setelah itu, Mommy masukkan kesemua bahan tambahan pilihan iaitu sos tiram, susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup.

#4. Apabila kuah kicap tadi telah mendidih masukkan kesemua ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan padamkan api.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Resepi Sambal Gesek untuk Ayam 3 Budak Gemok

Bahan-bahan 

  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • sedikit ikan bilis
  • 20 biji cili padi
  • limau nipis
  • 1 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa,jika suka

Cara-cara Memasak Sambal Gesek

#1. Potong secara kasar bawang merah, bawang merah kecil, tomato, dan juga cili padi. Kemudian, panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah dipotong sehingga ianya lembut. Angkat dan toskan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#2. Seterusnya, tumbuk secara kasar bahan yang telah digoreng tadi bersama dengan garam, gula secukup rasa dan juga sedikit serbuk perasa.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Lalu perahkan sedikit jus limau nipis ke dalam sambal supaya ia menjadi lebih sedap. Gaul sebati. Hidangkan ayam masak kicap bersama sambal gesek. Sedia untuk dinikmati.

Tips Memasak Resepi Ayam 3 Budak Gemok

  1. Minyak gorengan boleh tambah pada sambal gesek untuk rasa yang lebih sedap.
  2. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit kerana masakan akan jadi jadi kurang sedap.
  3. Masakan ini mesti kering dan kuahnya pula bersalut pada ayam.
  4. Mommy juga boleh gantikan cili kisar dengan lada hitam yang telah ditumbuk.
  5. Boleh juga tambahkan asam keping/air asam jawa jika Mommy suka atau serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

Kalau Mommy nak tahu, resepi ini boleh dibuat tiga versi, versi mudah dan ringkas guna bahan-bahan utama sahaja—versi upgrade dengan masukkan bahan tambahan pilihan atau versi ketiga dengan menggantikan bahan tambahan. Semuanya mengikuti citarasa Mommy sendiri.

Untuk mencuba resepi ayam dengan sambal pedas yang lain, Mommy boleh cuba resepi ayam penyet yang meletop ni. Selamat mencuba!