Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Bakar Madu Ringkas, Mudah Dan Sangat Sedap

resepi ayam bakar madu

Kredit gambar kumparan.com

Menu atau resepi ayam bakar kalau beli dekat luar, belum tentu rasanya sedap dan puas dimakan. Anak-anak mesti bergaduh bila makanan tak cukup.

Lagi pun kalau masak sendiri nikmat rasanya lain, makan pun puas dan yang paling penting air tangan Mommy sendiri. Pasti anak-anak dan suami lebih menyukainya.

Lagi pun semua bahan-bahan yang kami kongsikan ini, memang bahan asas yang wajib ada di dapur Mommy semua. Tak perlu bersusah payah keluar membeli bahan-bahan perapan ayam madu ini. Kalau nak dapatkan rasa yang lagi power dan sedap, tentulah perlu dibakar dengan dapur arang.

Tapi kalau waktu hujan memang tak dapat bakar ayam pakai arang, kecuali rumah Mommy ada ruangan berbumbung yang boleh dijadikan tempat untuk bakar.

Tapi sekarang kan barangan dapur sudah pun canggih dan lebih memudahkan, boleh je bakar guna oven atau air fryer. Mungkin rasanya kurang sikitlah berbanding dapur arang tapi tetap sedap. Walau apa pun yang penting perut anak-anak dan suami kenyang, Mommy pun happy!

Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan A:

  • 1/2 ekor ayam dicuci bersih dan ditoskan

Bahan B (boleh dikisar atau ditumbuk):

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit halia

Bahan C:

  • sedikit sos tiram
  • madu
  • sos cili
  • sos tomato
  • setitis pewarna merah (bagi mencantikkan warna ayam apabila dibakar nanti)
  • serbuk kunyit
  • serbuk lada hitam
  • serbuk kayu manis
  • serbuk cili
  • serbuk paprika
  • sedikit lada putih
  • garam
  • sedikit olive oil
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara:

#1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, kemudian masukkan bahan B dan gaul rata semua bahan.

Highlighted

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Seterusnya, masukkan ayam dan gaul mesra semua bahan tersebut dan perap ayam selama 1 jam.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah pada suhu 180 darjah celsius lebih kurang 1 jam 30 minit. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Bakar Madu

  • Perap ayam lebih lama, lebih sedap rasanya dan pastikan ayam dicucuk terlebih dahulu bagi memudahkan perapan meresap masuk ke dalam isi ayam.

Selamat menikmati hidangan yang lazat ini!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain dengan klikĀ SINI.