Ayam bakar ni, memang ada pelbagai versi. Ada yang untuk diet, ada yang berempah, ada yang bersalut dengan madu dan macam-macam lagi.
Tetapi untuk kali ini, Motherhood ingin buat ayam bakar macam ala-ala di Kenny Rogers gitu. Untuk rasa yang sedap macam tu tetapi mudah je nak buat, memang rugi kalau Mommy tak cuba!
Resepi Ayam Bakar
Resepi oleh: Buat Orang Lapo
Bahan-Bahan
- 6 ketul ayam
- ½ biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Seinci halia
- 2 sudu besar herba campuran
- Sesudu besar serbuk lada hitam
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 2 ketul kiub pati ayam
- 3 sudu besar madu
- Sesudu kecil garam
- Sesudu besar gula
- Kentang
- Lobak merah
- Brokoli
- Bawang Holland
- Minyak zaitun
Cara-Cara
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bila dah hancur, masukkan ke dalam mangkuk ayam bersama dengan herba campuran, serbuk lada hitam, sos tiram, sos lada hitam, kiub pati ayam, garam, madu dan gula. Gaulkan sebati kesemuanya.
3. Kemudian, tutupkan dengan plastik dan perapkan ayam dalam 3 hingga 4 jam. Lagi lama lagi elok ya.
4. Bila dah diperap, keluarkan ayam daripada mangkuknya ke dalam pinggan.
5. Selepas itu, masukkan kesemua sayur seperti kentang, lobak merah, brokoli dan bawang Holland ke dalam mangkuk lebihan perapan ayam tadi dan gaulkan sebati.
6. Dah siap, masukkan sayur-sayuran tu ke dalam pan di bahagian bawah untuk dibakar.
7. Teruskan pula dengan meletakkan ayam perap tadi di bahagian atas.
8. Titiskan minyak zaitun di bahagian atas ayam, sambil-sambil tu panaskan ketuhar dalam sekitar 10 minit.
9. Kemudian, bakarkan ayam pada suhu 200°C selama 50-60 minit atau sehingga masak.
10. Ayam bakar dah siap!
Tips Memasak Ayam Bakar
- Kalau nak lebih sedap rasa ayamnya, Mommy kena perapkan ayam ni lebih lama.
- Bergantung kepada saiz ayam dan jenis ketuhar Mommy, pandai-pandai lah ya agak-agak dan suaikan suhunya.
- Untuk sayur pun, kalau nak lebih sedap, perapkan lama sikit dengan lebihan perapan ayam tu tau.
Sedap juga makan ayam bakar dengan nasi goreng cina kan? Nanti jangan lupa cuba dan nikmati bersama keluarga!
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.