Kalau ke restoran mewah dan order makanan berhidang, tentu akan ada lauk ni kan? Ayam buttermilk yang penuh dengan rasa, meletup-letup dalam mulut kelazatannya.
Dalam perkongsian resepi kali ini, Motherhood nak berkongsi cara yang mudah untuk buat ayam buttermilk ni. Jom kita lihat dan terus ke dapur!
Resepi Ayam Buttermilk
Resepi oleh: rasa
Bahan-Bahan
- Isi ayam yang dipotong kecil sebekas
- Sesudu makan mentega
- 2 ulas bawang putih yang dicincang
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji cili api yang dihiris
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- 300ml susu segar
- Garam
- Gula
- Perasa secukupnya
- Minyak masak
Cara-Cara
1. Sediakan kesemua bahan.
2. Taburkan tepung goreng serbaguna secukupnya pada ayam.
3. Gaulkan kesemuanya rata.
4. Panaskan minyak masak dan gorengkan isi ayam sehingga garing.
5. Angkat isi ayam dan toskan minyaknya.
6. Kemudian panaskan dan cairkan mentega di dalam kuali.
7. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumiskan kesemuanya.
8. Bila dah naik bau dan garing, tuangkan pula susu segar.
9. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukupnya.
10. Seterusnya, masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi.
11. Kacau sebati dan renehkan sekejap.
12. Tutup api, ayam buttermilk dah siap!
Tips Memasak Ayam Buttermilk
- Jangan guna marjerin ya Mommy. Rasanya akan lain nanti.
- Untuk rasa lebih pedas, Mommy boleh tambahkan cili padi. Bagi yang nak kurangkan rasa berlemak, boleh kurangkan mentega.
Selamat mencuba dan jangan lupa juga untuk cuba nasi daging air asam utara ni. Pasti tak cukup sepinggan!