Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Geprek – Menu Simple, Lazat dan Mampu Memikat Rasa!

resepi ayam geprek

Sumber : Resepi Che Nom

Resepi Ayam Geprek ini merupakan makanan yang sangat popular dari jiran kita, iaitu Indonesia. Memandangkan kos sara hidup yang sangat tinggi, bagi Mommy yang mahukan penjimatan dalam perbelanjaan dapur tetapi hasil makanan masih lagi rasa kayangan, menu ini adalah pilihan terbaik.

Diinspirasikan dari negara seberang, Resepi Ayam Geprek kalau Mommy nak tahu, ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja, tetapi rasanya pula sangat sedap, menarik dan juga mampu memikat rasa sesiapa sahaja.

Resepi Ayam Geprek Versi I & II

Di sini, kami kongsikan dua versi resepi yang boleh Mommy jadikannya sebagai pilihan untuk digunakan kelak.

#1. Resepi versi I

Highlighted

Kredit gambar: Rasa.my

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam
  • Telur
  • Tepung Bestari

Bahan-bahan sambal:

  • 6 biji cili merah
  • 4 biji cili hijau
  • 2 biji cili padi merah
  • 1 1/2 biji bawang besar atau bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara:

#1. Cuci bersih ayam dan gaulkannya dengan 1 atau 2 biji telur. Celup ayam ke dalam tepung bestari.

Kredit gambar: Rasa.my

#2. Goreng ayam menggunakan api sederhana. Setelah siap, toskan ayam dan ketepikan.

Kredit gambar: Rasa.my

#3. Kemudian, goreng bahan-bahan untuk sambal pula, jangan masukkan limau nipis. Goreng dalam minyak panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan.

Kredit gambar: Rasa.my

#4. Masukkan semua bahan-bahan yang ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan juga 2 sudu gula dan 1 susu garam. Tumbuk bahan-bahan ini separuh lumat sahaja.

Kredit gambar: Rasa.my

#5. Seterusnya, masukkan perahan limau nipis. Masukkan juga 1 sudu kecil cuka. Minyak yang Mommy goreng ayam tadi, masukkan juga ke dalam bahan tumbuk sebanyak 1 – 1 1/2 sudu. Perasakan dan gaul sebati.

Kredit gambar: Rasa.my

#2. Resepi Versi II

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan salutan ayam:

  • 2 bahagian serta pinggul ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan-bahan sambal geprek:

  • 2 biji limau kasturi
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam kacang jagus/tanah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • gula dan garam

Bahan tambahan:

  • 1-2 batang kacang panjang – dicelur
  • 2 keping tempe – digoreng
  • 2 keping tauhu – digoreng

Cara-cara:

#1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk paprika, kunyit dan garam. Kalau Mommy nak campurkan rempah lain seperti lada hitam, serbuk jintan dan sebagainya pun boleh.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

#2.Letakkan ayam dia atas campuran tepung tadi.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

#3. Kemudian, salutkan ayam tersebut dengan campuran tepung. Tepuk-tepuk sikit. Urut-urut ayam bersama tepung. Bila sudah sebati dengan elok, angkat ayam tersebut.

Celup sekilas di dalam air yang sejuk. Kalau Mommy tak mahu guna air, boleh juga gunakan telur. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Proses ini untuk dapatkan salutan tepung yang lebih tebal.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

#4. Kemudian, golek lagi sekali ayam tersebut di atas campuran tepung tadi. Tepuk dan urut sama seperti proses tadi. Nanti Mommy akan dapat salutan tepung yang tebal. Kalau nak tebal lagi, boleh ulang proses yang sama.

Selesai salut tepung, masukkan ayam dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng 5 minit bagi setiap sisi, atau sampai Mommy yakin ayam telah masak sempurna. Tos dan ketepikan.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

#5. Kemudian, sediakan bahan untuk sambal pula. Goreng sebentar semua bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat. Letakkan garam, gula biasa atau pun boleh juga kalau Mommy nak gunakan gula melaka dan sedikit minyak bijan.

Seimbangkan semuanya dan perahkan jus limau kasturi.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

#6. Akhir sekali potong ayam, lumurkan sambal di bahagian atas. Susun tempe goreng dan kacang panjang yang telah dicelur. Siap untuk dinikmati.

Kredit gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selamat mencuba!