Budak-budak memang suka sangat ayam goreng berempah kan? Kalau balik dari sekolah je, bila tahu Mommy masak ayam goreng berempah, tentu berlari-lari mereka ke dapur.
Sekali digigit, rangup dan rempahnya terasa, seketul ayam memang tak cukup! Tentu anak-anak Mommy macam ni juga kan? Biasalah.. dah nama pun budak-budak, tentulah minat ayam goreng.
Selalunya buat ayam goreng biasa je. Jom, kali ni kita buat yang berempah sikit? Mudah je Mommy!
Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi oleh: Dapur Biru
Bahan-Bahan
Bahan utama
- Seekor ayam yang dipotong kecil
- 3 sudu besar lada sulah
- 6 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar garam
- Daun kari
Bahan-bahan kisar
- 10 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah besar
- 4/5 inci halia
- 4 batang serai
Cara-Cara
1. Gaulkan rata bahan kisar bersama dengan ayam.
2. Diikuti dengan lada sulah, serbuk kari daging dan garam. Gaulkan lagi.
3. Kemudian, taburkan daun kari dan perapkan sekejap dalam sejam.
4. Sekarang kita panaskan minyak masak dan gorengkan ayam berempah ni.
5. Balik-balikkan dan tos bila dah masak. Siap!
Tips Memasak Ayam Goreng Berempah
- Yang paling penting, Mommy kena perapkan ayam dengan bahan-bahan perapannya ya. Makin lama makin sedap tau!
- Hati-hati ketika menggoreng ayam. Kalau krup krapnya banyak, angkat dahulu dengan penapis supaya tak rasa hangit nanti.
Memang resepi ayam goreng berempah ni mudah je. Terutamanya kalau Mommy yang berkerja, bolehlah cuba. Nanti kalau teringin citarasa dari negera seberang, boleh cuba buat ayam penyet ni pula. Kami kongsikan resepi yang lengkap tau Mommy.
Selamat mencuba!
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain dengan klikĀ SINI.