Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mudah Sangat Resepi Ayam Goreng Kunyit Ni, Sedap Pula Tu!

resepi ayam goreng kunyit

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

Biasanya kita goreng ayam dengan garam dan kunyit je kan? Tetapi kali ini, Motherhood nak kongsikan resepi ayam goreng kunyit yang mudah dan sihat, lengkap dengan sayur-sayuran.

Ayam kunyit dipotong kecil dan digoreng bersama sayur, memang sedap makan bersama nasi panas-panas kan Mommy?

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

Resepi oleh: Dapur Biru

Bahan-Bahan

Bahan-bahan goreng ayam

  • Semangkuk isi ayam
  • Sesudu besar serbuk kunyit
  • Sesudu besar serbuk kari daging
  • Sesudu kecil lada sulah
  • Sesudu besar tepung jagung
  • Sesudu kecil garam

Bahan-bahan tumis

  • Sebiji cili merah
  • Sebiji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain

  • Lobak merah yang dipotong panjang
  • Sayur kacang panjang yang dipotong panjang
  • Jagung muda yang dipotong panjang
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Gaulkan sebati isi ayam bersama kesemua bahan-bahan goreng ayam.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan isi ayam ni.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

3. Bila dah garing, ketepikan isi ayam ke sisi kuali dan keluarkan lebihan minyak.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

4. Kemudian, masukkan bahan-bahan tumis dan tumiskan.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

5. Bila dah layu dan garing sedikit, gaulkan bersama isi ayam.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

6. Taburkan pula serbuk kunyit dan kacau-kacau.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

7. Kemudian, masukkan sayur kacang panjang.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

8. Kacaukan sekejap dan masukkan pula lobak merah dan jagung muda.

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

9. Kacau lagi dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

Kredit gambar: Youtube @Dapur Biru

Tips Memasak Ayam Goreng Kunyit

  • Potong isi ayam kecil-kecil ya Mommy. Waktu memasak akan lebih cepat dan rempah pun lebih terasa.

Min cadangkan Mommy hidangkan resepi Ayam Goreng Kunyit ni bersama nasi putih yang panas, sedikit sambal belacan (yang pedas bak hang!) dan juga kicap manis.

Pasti seisi keluarga bertambah makan nasi. Tapi untuk anak-anak tu, jangan pula Mommy letak sambal belacan sekali. Takut anak tak tahan pedas dan mungkin tak sesuai untuk perut kecil mereka.

Selain ayam, Mommy juga boleh gunakan udang atau sotong untuk resepi goreng kunyit ini. Selamat mencuba!