Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Kam Heong Paling Mudah dan Ringkas! Sangat Sesuai Untuk Mak-mak Yang Bekerja

resepi ayam kam heong

Sumber Facebook@MAHN

Resepi Ayam Kam Heong ini kalau Mommy nak tahu ianya sangat mudah untuk dimasak dan rasanya sangat sedap. Nama resepi ini diambil daripada Bahasa Cina iaitu Kam Heong yang bermaksud ‘berbau wangi’.

Resepi ini juga sangat sesuai untuk Mommy yang sibuk bekerja dan sukakan menu yang serba ringkas dan pantas. Kalau Mommy masak menu ini, anak-anak pasti akan menyukainya.

Melalui perkongsian ini, kami akan sajikan dua jenis Resepi Ayam Kam Heong untuk Mommy cuba!

Resepi Ayam Kam Heong Mudah & Sangat Sedap

#1. Resepi Versi I

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong
  • 2 ulas bawang besar dipotong dadu dan kasar
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6 cili merah dibelah dua
  • 7 cili padi dibelah dua
  • 20 helai daun kari
  • 2 batang serai
  • 5 kacang panjang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 atau 4 sudu besar serbuk kari
  • Minyak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara 

#1. Gaulkan ayam bersama dengan serbuk kunyit, garam dan juga lada hitam.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian, panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan.

#2. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau wangi.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Masukkan pula kari dan juga daun kari. Masak sehingga rempah pecah minyak.

#3. Selepas itu, masukkan sos dan kicap. Kacau sebati dan terus masukkan ayam goreng serta hirisan cili dan kacang panjang.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#4. Kacau ayam sehingga rata. Masukkan sedikit air jika Mommy suka masakan yang berkuah. Sedia untuk dinikmati.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#2. Resepi Versi II

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam, peha & isi dada, dicuci bersih & ditoskan
  • Buang tulang di bahagian peha, hiris ayam jadi ketulan kecil

Cara-cara

  1. Ayam diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak secukupnya dan goreng ayam separuh masak.
  3. Tos dan ketepikan.

Bahan B

  • 6 ulas bawang merah kecil/1 biji bawang merah besar. Dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih – diketuk & dicincang kasar
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Cili padi secukup nya
  • Sedikit udang kering
  • Sedikit halia lumatkan
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara-cara 

#1. Panaskan kuali, ambik minyak goreng ayam tadi dalam 3-4 sudu.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sampai naik bau dan sedikit kekuningan.

#2. Kemudian, masukkan serbuk kari dan juga sedikit air, kacau sebati. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kalau Mommy nak tambah kicap pekat pun boleh.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar. Kacau hingga sebati. Kalau kering sangat tambah lagi 2 atau 3 sudu air.

#3. Masukkan ayam tadi. Kacau rata.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Perasakan garam & sedikit gula. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak.

Tips Semasa Memasak Resepi Ayam Kam Heong

  • Ayam boleh juga digoreng dengan bersalut tepung.
  • Untuk rasa ayam yang lebih sedap dan berjuicy, jangan goreng terlampau garing.

Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat buat Mommy semua, dan nantikan resepi seterusnya di Motherhood.com.my.