Ibu, Bayi & Kanak Kanak

2 Versi Resepi Ayam Kenny Rogers Yang Mengancam Rasanya & Juicy!

menu ayam

Sumber www.sales.sp.gov

Sekali sekala hidangkan resepi Ayam Kenny Rogers yang super marvelous ini tentunya menarik dan membangkitkan selera buat sesiapa sahaja yang melihatnya, lebih-lebih lagi kalau disediakan untuk raikan sesuatu sambutan yang istimewa. Para tetamu juga pasti akan berasa teruja untuk merasai keenakan menu special ini.

Ditambah pula apabila melihat isinya yang juicy dimakan dengan sos lada hitam yang rasanya bercampur pedas, manis serta penuh dengan segala rasa, memang akan bertambah lagi kesedapannya. Dan tentunya Mommy sendiri akan berasa gembira jika masakan Mommy dipuji sedap!

Jadi, di bawah ini kami kongsikan dua versi resepi Ayam Bakar ala Kenny Rogers untuk dicuba:

Pilihan Resepi Ayam Kenny Rogers Dua Versi

Berikut merupakan pilihan resepi yang terdapat dalam dua versi iaitu:

#1. Resepi Versi 1

Bahan utama

  • ayam 1 ekor ditos bersih

Bahan Tumis

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • planta

Bahan kisar

  • sos black pepper
  • serbuk black pepper
  • gula
  • kiub ayam
  • garam
  • serbuk cili ikut cita rasa
  • kentang – direbus lembut
  • bahan tumisan tadi

Cara-cara

#1. Tumis semua bahan tumisan sehingga ia menjadi layu kekuning-kuningan serta naik bau.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@suzysuzyla

#2. Blender halus semua bahan yang perlu dikisar tadi dengan air rebusan kentang.

Kredit gambar: Facebook@suzysuzyla

#3. Perapkan ayam dengan bahan kisar. Sebelum itu, cucuk ayam dengan garfu agar bahan perap masuk ke dalam isi ayam. Biarkannya selama 2 hingga 4 jam supaya ayam menjadi mesra. Kalau mahu rasa yang lebih sedap, perap ayam semalaman.

Kredit gambar: Facebook@suzysuzyla

#4. Bakar ayam dengan suhu 200°celcius selama 1 jam. Golek-golekan ayam supaya ia masak serata.

Kredit gambar: Facebook@suzysuzyla

#2. Resepi Versi II

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong

Bahan-bahan perapan

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk kisar semua bahan
  • Sedikit mentega

Cara-cara

#1. Campur semua bahan-bahan dengan sedikit air dan kisar.

Kredit gambar: Facebook@AhmadFaizal

#2. Lumur semua bahan tadi dan perap ayam selama 1 1/2 jam.

Kredit gambar: Facebook@AhmadFaizal

Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak sempurna.

#3. Ketika bakar, pastikan anda menyapu ayam dengan minyak dengan campuran rempah yang menitis untuk elakkan ayam daripada kering.

Kredit gambar: Facebook@AhmadFaizal

Bahan-bahan sos lada hitam

  • 1 1/2 cawan stok ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cm batang saleri – dicincang
  • 1/2 biji bawang besar – dicincang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 tin cendawan butang – dihiris
  • 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan air
  • Garam

Cara-cara masak

  1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri. didihkan.
  2. Tapis buang bawang dan juga saleri tadi. Didihkan semula.
  3. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang, garam jika diperlukan.
  4. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung gandum untuk jadikannya sedikit pekat.

Tips/Petua 

  • Ketika proses membakar, pastikan Mommy menggunakan api di bahagian bawah dan atas supaya ayam masak dengan sekata dan sempurna.
  • Kuah perapan, boleh disalut untuk kali yang kedua setelah ayam sudah separuh masak.

Semoga Mommy enjoy menikmati resepi yang sangat lazat ini! Untuk resepi ayam yang lain, boleh lihat SINI.