Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Korea Super Krunchy dan Sedap Tak Ingat!

resepi ayam korea

Memandangkan mood nak masak masakan antarabangsa dah mula menjengah minda, hujung minggu ini rasa nak masak resepi ayam korea lah!

Ala sekali sekala ubah selera makan apa salahnya kan? Nak juga fefeeling oversea gitu.

Tapi Mommy sudah tahu ke resepi masakan ini macam mana cara penyediaannya? Dan bahan apa pula yang perlu Mommy ada?

Kalau tak tahu lagi cara nak masak dan bahan apa yang diperlukan, Mommy boleh rujuk panduan menu yang telah kami sediakan dekat bawah ini. Semuanya dah lengkap. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Korea

Highlighted


Bahan-bahan

Bahan-bahan perapan ayam:

  • ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • garam secukupnya
  • tepung bestari secukupnya
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk sos:

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar serbuk kacang tanah
  • bijan secukupnya
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara masak:

#1. Gaul ayam bersama garam dan bahan tumbuk tadi sehingga rata dan ketepikan.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Salutkan ayam satu persatu ke dalam tepung BESTARI dan pastikan kesemua ayam tersebut bersalut tepung dengan sempurna.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Setelah siap, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan dengan api yang sederhana. Mommy perlu balik-balikkan ayam supaya ia tidak hangit.

Cara masak sos:

#1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Masukkan sos tomato, sos cili, kicap, madu, serbuk kacang tanah, gula perang dan garam. Gaul sebati semua bahan tersebut.

#2. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkannya bersama sos hingga tersalut rata.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Akhir sekali, masukkan ayam ke dalam pinggan dan tabur bijan yang telah siap disangai. Sedia untuk dihidang.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Korea

  • Pastikan ketika menggoreng Mommy gunakan minyak yang banyak untuk deep fry ayam.
  • Ayam korea perlu digoreng dua kali untuk dapatkan kerangupannya.
  • Jangan guna ayam yang besar kerana isinya yang terlalu berserat dan kurang lembut.

Selamat menikmati hidangan ala-ala korea ini!


Jom cuba resepi yang lain yang dikongsikan di SINI.