Perkongsian resepi kali ini merupakan menu yang jarang Mommy dengar atau mungkin tak pernah iaitu resepi ayam lemon. Masakan ini sebenarnya adalah jenis menu yang ringkas dan cepat untuk disediakan di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pula biasanya ada dekat dapur je jadi tugasan memasak Mommy pun menjadi lebih mudah.
Rasanya pula masam masam manis dan tak pedas sangat memang sesuai untuk dijadikan hidangan untuk semua golongan usia. Walaupun resepi ini merupakan masakan cina dan menu sangat terkenal di restoran masakan cina, tapi bagi bangsa lain boleh je kalau nak cuba kan?
Bahan pemanis yang digunakan dalam resepi ini adalah gula sebagai pengganti madu. Tapi kalau Mommy lebih sukakan madu, letak je madu tak ada masalah, asalkan Mommy sukakan rasanya nanti!
Rasa aroma buah lemon yang digunakan dalam masakan mampu membuatkan sesiapa sahaja terasa tak sabar untuk menikmati hidangan ini. Menu ayam masak lemon ini sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi minyak.
Walaupun nampak je simple tetapi rasa dia memang sangat-sangat sedap. Mommy boleh rujuk resepi di bawah untuk mengetahui cara-cara memasaknya!
Resepi Ayam Lemon
Highlighted
Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk perap ayam:
- 2 ketul/400g isi ayam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar kicap manis
- Sedikit lada hitam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan untuk bancuhan kuah:
- 2-3 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar gula
- Parutan kulit lemon
- 1 sudu besar cuka makan
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan untuk salutan isi ayam:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
Bahan-bahan lain untuk kuah:
- 2 ulas bawang putih
- sedikit parutan halia
- air secukupnya
- bijan, untuk taburan
Cara-cara MemasakĀ
Cara-cara menyediakan ayam:
#1. Hiris ayam nipis-nipis, taburkan garam, kicap, serbuk black paper, telur dan tepung jagung dan perap sekejap.
Sementara itu Mommy sediakan adunan tepung gandum dan jagung, salut ayam dengan adunan tepung tadi. Goreng ayam sehingga garing di dalam minyak yang panas.
Cara-cara membuat kuah lemon:
#1. Mula-mula Mommy parut kulit lemon yang berwarna kuning dan hiris nipi-nipis.
Kemudian, perah lemon menjadi jus, masukkan gula, hirisan kulit lemon, sedikit cuka, madu dan tepung jagung ke dalam jus lemon tadi dan kacau sebentar.
#2. Selepas itu Mommy cincang kasar bawang putih dan parut halia sedikit.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sampai ia berubah warna kekuningan lalu Mommy tuang bancuhan sos tadi. Tambahkan dengan sedikit air, gula dan garam biar secukup rasa.
#3. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, Mommy siram ia ke atas ayam goreng tadi. Akhir sekali Mommy tabur sedikit bijan dan cili merah sebagai hiasan.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Lemon
- Guna minyak baharu untuk menyediakan sos dan kerana sisa-sisa tepung menjadikan minyak keruh dan tidak sesuai digunakan lagi.
Semoga perkongsian ini memberikan Mommy idea menu dan memudahkan tugasan memasak!
Jom cuba pelbagai pilihan resepi menarik lain diĀ SINI!