Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Madu Simple dan Tak Perlu Guna Banyak Bahan

resepi ayam madu

Sumber traveloka

Untuk hidangan makan malam, apa kata kali ini Mommy cuba Resepi Ayam Madu yang sangat mudah, ringkas tetapi menyelerakan ini.

Kalau Mommy nak makan ratah dengan sos pun boleh atau nak makan dengan nasi panas-panas pun boleh. Tapi kalau anak-anak, sudah tentu pilihan mereka adalah dengan meratah.

Tak kisahla mana-mana cara sekalipun, asalkan anak-anak suka dan kenyang, Mommy pun pasti happy!

Resepi Ayam Madu Pembuka Selera Anak-Anak

Terdapat dua pilihan resepi ayam madu yang boleh Mommy pilih iaitu:

#1. Resepi Versi I

Highlighted

Sumber Warta Lombok

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ayam
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inch halia
  • air secukupnya
  • 1 sudu marjerin
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu gula perang
  • 1 ke 2 sudu serbuk cili (ikut tahap pedas Mommy)
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan blackpepper secukup rasa
  • sedikit pewarna merah

Bahan Sos:

  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
  • kicap lemak manis secukup rasa
  • gula perang secukup rasa (sos dia manis manis sikit sedap)

Cara-cara masak:

1. Mommy cuci ayam dan tos sehingga air sejat. Sementara tunggu ayam sejat, Mommy kisar bawang putih dan halia dengan 1/4 cawan air sampai halus.

Sumber Masak Apa Hari Ini

Kemudian Mommy masukkan ayam dalam bekas, tuang bahan kisar, kiub ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam dan blackpepper. Gaul hingga sekata.

2. Seterusnya Mommy cairkan marjerin dan sejukkan ia seketika, kemudian siram ke atas ayam tadi bersama pewarna merah. Gaulkan biar sebati dan biarkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Sumber DIY Printing Supply

Akhir sekali Mommy bakar dalam kuali ajaib sehingga ia masak.

Cara-cara masak sos :

1. Masak baki perapan ayam dengan sedikit air.

Sumber resepi bersama noxxa

Campur air bancuhan tepung jagung, kicap lemak manis dan gula secukupnya dan dengan api sederhana, sentiasa kacau sehingga mendidih dan sos pekat.

Kemudian Mommy boleh siram pada ayam atau sebagai pencicah.

#2. Resepi Versi II

Sumber mStar

Bahan-bahan:

  • Bahagian peha ayam
  • 1/2 inci halia (kisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 3 tangkai cili kering (kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 3 camca besar madu
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1 camca besar mentega

Cara-cara masak:

Mommy perap ayam dengan bersama bahan yang dikisar tadi. Masukkan semua bahan, gaul sebati dan perap.

Sumber Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kemudian goreng ayam sampai masak dan garing.

Sumber Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sedia untuk dinikmati.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Madu

  1. Perapkan ayam lebih lama untuk rasa yang lebih sedap.

Semoga dengan perkongsian resepi ini, ianya dapat memberi manfaat yang berguna dan hari Mommy menjadi lebih mudah, semangat dan juga menyeronokkan dengan kelazatan ayam madu dengan versi yang berbeza ini. Selamat menikmati kelazatannya bersama anak-anak yang tersayang!


Dapatkan maklumat pemakanan berkhasiat dan resepi yang lain di SINI.