Resepi ayam masak bali ini selalunya akan dijumpai pada waktu hari perayaan dan juga kenduri kendara kerana ia sangat sesuai dimakan dengan nasi minyak, nasi hujan panas dan lain-lain.
Walaupun masakan ini lebih kurang sama dengan ayam masak merah tetapi terdapat sedikit kelainan yang terdapat pada ayam masak bali ini iaitu terletak kepada bahan tumisan daun kari dan serai yang digunakan.
Bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dimasukkan ketika menumis mampu membangkitkan aroma bau dan rasa yang istimewa sehingga membuatkan rasanya jadi berbeza.
Ayam masak bali ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi berperisa yang lain juga menjadi sebagai pencicah untuk dimakan dengan pulut seperti ketupat dan lemang.
Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Bali
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam.
- 6-8 batang serai dititik.
- 8 helai daun kari.
- 3 sudu besar gula pasir.
- 2 sudu kecil garam.
- Kicap manis 5 kali titik.
- Serbuk kunyit.
- Garam.
Bahan kisar:
- Segenggam cili kering (direbus)
- 5-6 biji bawang besar
- Seinci halia
- Sedikit belacan
- Satu labu bawang putih (dikisar halus)
Cara-cara masak:
#1. Pertama, Mommy bersihkan ayam yang potong mengikut kehendak Mommy dan tos seketika.
Selepas itu, lumurkan ayam tadi dengan kunyit dan garam secukupnya. Mommy panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam biar ia separuh masak.
#2. Minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi Mommy gunakan untuk menggoreng serai dan biarkan sehingga serai menjadi keperangan.
#3. Seterusnya Mommy masukkan daun kari dan goreng dan sentiasa kacau. Pastikan api yang digunakankan adalah mod sederhana supaya bahan tidak mudah menjadi hangus.
#4. Apabila daun bawang kelihtan hampir garing Mommy tuang cili yang dikisar dan kacau sehingga ia menjadi garing.
Setelah semua bahan tadi sudah garing, masukkan pula kicap lebih kurang 5 kali goncang.
#5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa seperti yang Mommy inginkan. Kacau hingga sebati.
Seterusnya Mommy masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Mommy kaup-kaupkan agar semua bahan dan ayam rata dan sekata, biarkan ia masak dalam 10 minit. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas atau pulut kuning.
Selamat mencuba!
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.