Makan ayam masak kicap bersama nasi putih panas-panas memang membuka selera kan? Kalau ada sambal belacan pula, tak pandang kiri kanan dah.
Banyak je versi hidangan ayam masak kicap ni. Tapi dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin berkongsi resepi ayam masak kicap yang simple tapi cukup menyelerakan.
Untuk makan tengah hari atau makan malam nanti, bolehlah cuba ya?
Resepi Ayam Masak Kicap
Highlighted
Resepi oleh: cookpad
Bahan-Bahan
Bahan kisar
- 1/2 biji bawang besar
- Seulas bawang putih
- Seinci halia
Bahan lain
- 8 bahagian kecil ayam yang dilumur kunyit + garam
- Sesenduk minyak goreng ayam
- Sesudu makan cili kisar
- 1/2 sudu kecil gula
- 2 cawan air
- 1/2 cawan kicap lemak manis
- Sebiji cili merah yang dibelah 2
- 1/2 biji bawang Holland yang dihiris kasar
- 3 helai daun limau yang dibuang uratnya
- 1/2 sudu kecil Ajinomoto
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
1. Gorengkan ayam yang dilumur dengan kunyit dan garam sehingga separuh masak.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Tuangkan air dan perasakan dengan gula secukupnya.
5. Kemudian tuangkan kicap dan biarkan ia mendidih.
6. Dah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi bersama dengan cili merah, daun limau dan hirisan bawang.
7. Perasakan secukupnya dan biarkan ia mendidih sekejap supaya sebati rasanya. Siap!
Tips Menyediakan Resepi Ayam Masak Kicap
- Jangan guna kicap lain selain kicap manis ya. Tak sesuai, nanti masin atau pahit kuahnya.
- Pastikan bahan tumisan betul-betul pecah minyak, barulah masukkan bahan-bahan lain.
- Elakkan dari memasukkan ayam mentah-mentah dalam bahan tumis tau Mommy. Ini untuk mengelakkan kuah dari terasa hanyir.
Kalau nak tukar lauk macam seafood ke, bolehlah cuba resepi sotong masak kicap ni. Dua-dua mudah dan menyelerakan!
Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.