Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Masak Kicap Simple Yang Pasti Akan Membuka Selera Anda!

resepi ayam masak kicap

Makan ayam masak kicap bersama nasi putih panas-panas memang membuka selera kan? Kalau ada sambal belacan pula, tak pandang kiri kanan dah.

Banyak je versi hidangan ayam masak kicap ni. Tapi dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin berkongsi resepi ayam masak kicap yang simple tapi cukup menyelerakan.

Untuk makan tengah hari atau makan malam nanti, bolehlah cuba ya?

Resepi Ayam Masak Kicap

Highlighted


Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

Bahan kisar

  • 1/2 biji bawang besar
  • Seulas bawang putih
  • Seinci halia

Bahan lain

  • 8 bahagian kecil ayam yang dilumur kunyit + garam
  • Sesenduk minyak goreng ayam
  • Sesudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Sebiji cili merah yang dibelah 2
  • 1/2 biji bawang Holland yang dihiris kasar
  • 3 helai daun limau yang dibuang uratnya
  • 1/2 sudu kecil Ajinomoto
  • 1/2 sudu kecil  garam

Cara-Cara

1. Gorengkan ayam yang dilumur dengan kunyit dan garam sehingga separuh masak.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Tuangkan air dan perasakan dengan gula secukupnya.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Kemudian tuangkan kicap dan biarkan ia mendidih.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Dah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi bersama dengan cili merah, daun limau dan hirisan bawang.

Kredit gambar: cookpad.com

7. Perasakan secukupnya dan biarkan ia mendidih sekejap supaya sebati rasanya. Siap!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Menyediakan Resepi Ayam Masak Kicap

  • Jangan guna kicap lain selain kicap manis ya. Tak sesuai, nanti masin atau pahit kuahnya.
  • Pastikan bahan tumisan betul-betul pecah minyak, barulah masukkan bahan-bahan lain.
  • Elakkan dari memasukkan ayam mentah-mentah dalam bahan tumis tau Mommy. Ini untuk mengelakkan kuah dari terasa hanyir.

Kalau nak tukar lauk macam seafood ke, bolehlah cuba resepi sotong masak kicap ni. Dua-dua mudah dan menyelerakan!


Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.