Sebut je ayam masak lemak cili api, tentunya teringat resepi asli Negeri Sembilan. Memang tak boleh lawan lah, resepi asli tetap yang paling sedap kan?
Jom, ikut Motherhood masak resepi ayam masak lemak cili api ni, inspirasi daripada Che Nom.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
Resepi oleh: Che Nom
Bahan-Bahan
Bahan untuk kisar kasar
- 15 biji cili api
- 2 inci kunyit hidup
Bahan untuk masak lemak
- 1/2 ekor ayam
- Sebatang serai yang diketuk
- Sehelai daun kunyit yang dicarik
- Semangkuk santan cair
- Sekeping asam gelugur
- Semangkuk santan pekat
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
1. Kisarkan kasar cili api dan kunyit hidup macam ni.
2. Kemudian, masak ayam kering macam tu je sekejap dalam kuali untuk keluarkan air ayam supaya ia tak hanyir. Balik-balikkan.
3. Masukkan pula bahan kisar tadi bersama dengan serai dan masak sehingga ayam agak kecut. Gaulkan rata ya.
4. Seterusnya, keluarkan ayam dan masukkan santan cair, kacau-kacau.
5. Diikuti dengan daun kunyit dan didihkan.
6. Kemudian, masukkan semula ayam tadi dan masakkan kesemuanya bersama.
7. Bila dah mendidih, tuangkan pula santan pekat.
8. Diikuti dengan asam gelugor dan garam secukupnya, kacau sehingga masak. Siap!
Tips Memasak Ayam Masak Lemak Cili Api
- Mommy pandai-pandailah agak kepedasan masakan ini ya. Nak lagi pedas, bolehlah tambah jumlah cili.
- Guna santan segar lagi sedap tau dari santan kotak.
- Jangan guna serbuk kunyit tapi mesti guna kunyit hidup.
- Pastikan Mommy sentiasa kacau bila dah letak santan. Kita tak nak santan berketul nanti ya.
Makan dengan nasi panas memang boleh menambah-nambah kan? Cuba juga nasi hujan panas ni kalau nak nasi yang berperasa.
Semoga masakan Mommy menjadi dan disukai seisi keluarga!
Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klikĀ SINI!