Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Asli Negeri Sembilan

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Kredit gambar: istockphoto

Sebut je ayam masak lemak cili api, tentunya teringat resepi asli Negeri Sembilan. Memang tak boleh lawan lah, resepi asli tetap yang paling sedap kan?

Jom, ikut Motherhood masak resepi ayam masak lemak cili api ni, inspirasi daripada Che Nom.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan untuk kisar kasar

  • 15 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan untuk masak lemak

  • 1/2 ekor ayam
  • Sebatang serai yang diketuk
  • Sehelai daun kunyit yang dicarik
  • Semangkuk santan cair
  • Sekeping asam gelugur
  • Semangkuk santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Kisarkan kasar cili api dan kunyit hidup macam ni.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian, masak ayam kering macam tu je sekejap dalam kuali untuk keluarkan air ayam supaya ia tak hanyir. Balik-balikkan.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Masukkan pula bahan kisar tadi bersama dengan serai dan masak sehingga ayam agak kecut. Gaulkan rata ya.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Seterusnya, keluarkan ayam dan masukkan santan cair, kacau-kacau.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Diikuti dengan daun kunyit dan didihkan.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Kemudian, masukkan semula ayam tadi dan masakkan kesemuanya bersama.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Bila dah mendidih, tuangkan pula santan pekat.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

8. Diikuti dengan asam gelugor dan garam secukupnya, kacau sehingga masak. Siap!

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Tips Memasak Ayam Masak Lemak Cili Api

  • Mommy pandai-pandailah agak kepedasan masakan ini ya. Nak lagi pedas, bolehlah tambah jumlah cili.
  • Guna santan segar lagi sedap tau dari santan kotak.
  • Jangan guna serbuk kunyit tapi mesti guna kunyit hidup.
  • Pastikan Mommy sentiasa kacau bila dah letak santan. Kita tak nak santan berketul nanti ya.

Makan dengan nasi panas memang boleh menambah-nambah kan? Cuba juga nasi hujan panas ni kalau nak nasi yang berperasa.

Semoga masakan Mommy menjadi dan disukai seisi keluarga!


Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klikĀ SINI!