Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nikmati Ayam Masak Merah Kenduri Rasa Sedap Yang Mampu Bangkitkan Nostalgia Indah

resepi ayam masak merah kenduri

Kredit gambar www.utusantv.com

Sedap kan resepi ayam masak merah kenduri ini? Kalau makan dengan dengan acar timun mentah, pajeri nenas, dan nasi minyak memang best sangat! Resepi Ayam masak merah kenduri ini memang sesuai dengan menu kenduri kahwin.

Hidangan ini juga adalah menu wajib yang ada apabila menjelang bulan puasa dan juga hari raya. Selain dari menu untuk kenduri, menjelang bulan Ramadan serta hari raya, resipi ayam masak merah ini juga merupakan antara menu pembangkit selera yang wajib dimasak di rumah.

Ayam masak merah kenduri ini menjadi kegemaraan semua orang kerana rasanya yang manis-manis masam dan sedikit pedas.

Bagi Mommy yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, pastikan bahan untuk memasak resepi ini tidak pedas dengan menggunakan jenis cili kering yang licin kulitnya dan merah berkilat warnanya serta tambahkan juga sos tomato dan sos cili untuk mendapatkan rasa yang seimbang.

Hidangan ini juga sudah cukup sinonim dan menjadi menu pelengkap di setiap apa jua majlis terutamanya majlis perkahwinan. Mommy boleh ikuti panduan memasak yang telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Berikut merupakan senarai bahan-bahan yang diperlukan serta panduan memasak resepi yang sedap mengiurkan ini.

Bahan-bahan kisar untuk 1 ekor ayam:

  • cili kering 15 tangkai
  • cili merah 3 hingga 5 biji
  • bawang merah 5 ulas
  • bawang putih 3 ulas
  • serai 3 hingga 5 batang
  • halia
  • lengkuas
  • nuah tomato

Bahan-bahan untuk kuah:

  • santan
  • sos tomato/cili
  • 4 sekawan
  • daun pandan
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy goreng ayam separuh masak.

Highlighted

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Setelah siap menggoreng ayam, gunakan minyak yang sama untuk menumis 4 sekawan dan daun pandan.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Apabila sudah garing, masukkan pula bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#4. Kemudian, masukkan pula santan tunggu sehingga mendidih baru masukkan sos dan garam.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#5. Akhir sekali, masukkan ayam gaul sebati. Biar seketika. Tutup api dan siap untuk dihidang.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Tips/Petua :

  • Lagi lama masak, lebih sedap rasanya. Pastikan ketika memasak, Mommy gunakan api yang perlahan.

Jom cuba pelbagai resepi yang lain di SINI.