Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Masak Merah, Mudah Je Tetapi Sedap Macam Di Kenduri

Hidangan ayam ni ada pelbagai kan? Tetapi antara yang paling popular adalah hidangan ayam masak merah. Boleh kata setiap lapisan umur lah sukakannya. Tengok je di kenduri, memang akan ambil sekurang-kurangnya seketul kan?

Sedapnya hidangan ini, sebenarnya tak susah pun tau nak buat. Kalau buat sendiri, kita boleh kawal kepedasan dan manisnya ikut citarasa kita.

Jom cuba!

Resepi Ayam Masak Merah

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 5 senduk minyak goreng ayam
  • Sebiji bawang besar sederhana yang dihiris
  • Rempah tumis 3 sekawan

Bahan B

  • Sebatang serai yang dititik
  • Sehelai daun pandan yang disimpul
  • 4 biji tomato ceri yang dipotong dadu

Bahan C

  • Sebiji bawang besar yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih yang dikisar
  • Seinci halia yang dikisar
  • 3 sudu makan cili kisar

Bahan D

  • 1/4 cawan susu sejat
  • 1/4 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi + 1/2 cawan air
  • 1/4 keping gula nisan yang diracik
  • Sesudu makan gula
  • Sesudu makan Secukup Rasa
  • 1/2 biji bawang Holland yang dihiris bulat

4 ketul ayam goreng yang digoreng separuh masak
Segenggam kacang pis yang sejuk beku

Cara-Cara

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit secukupnya dan gorengkan sehingga separuh masak.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian, tumiskan bahan A sehingga wangi.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Masukkan pula bahan B dan kacaukan sebati.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Teruskan dengan memasukkan bahan C pula.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Tumis sehingga kesemuanya pecah minyak elok.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Bila dah pecah minyak, masukkan bahan D dan ayam goreng separuh masak tadi. Biarkan ia mendidih seketika dan sesuaikan rasa ikut citarasa anda.

Kredit gambar: cookpad.com

7. Tutup api dan tabur kacang pis. Siap!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Resepi Ayam Masak Merah

  • Kalau menumis sambal, tips untuk sedap ialah tumisannya mesti pecah minyak elok. Kalau tak, tak menjadi sambal nanti. Cili kisar pun rasa mentah je.
  • Gula nisan/gula melaka mesti ada ya. Ini untuk mencantikkan rupa sambal dan rasa yang lebih enak manisnya.

Ayam masak merah ni sesuai dihidangkan sebagai lauk utama. Kalau makan dengan nasi minyak, memang rasa macam di kenduri dah.

Selamat mencuba!