Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Masak Thai Che Nom Yang Padu Rasanya

Kredit gambar: resepichenom.com

Hidangan makanan memang membawa kebahagiaan. Makanan boleh memperelokkan mood kita dan memberi tenaga dan khasiat untuk badan.

Tambah-tambah resepi makanan dari Thailand. Jarang-jarang lah mengecewakan resepi dari negara seberang ni.

Jom, kali ini kita cuba resepi ayam masak Thai yang pastinya akan meletup-letup dalam mulut!

Resepi Ayam Masak Thai

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan untuk kisar halus

  • 4 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • Seketul kunyit hidup
  • 4-5 biji cili merah besar
  • 1-2 cili hijau besar
  • 7-8 biji cili padi
  • Sedikit air

Bahan lain

  • ½ ekor ayam
  • Sesudu kecil garam
  • Sesudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak secukupnya
  • 3 batang serai yang dititik
  • 7-8 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 ½ sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • ½ biji bawang Holland bersaiz besar yang dipotong bulat
  • Perahan jus limau nipis 1 biji kecil

Cara-Cara

1. Kisarkan halus kesemua bahan untuk kisar halus.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian gaulkan rata ayam bersama kunyit dan garam.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga ayam separuh masak.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Ketepikan ayam dan keluarkan minyak separuh.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Kemudian tumiskan serai.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Bila dah naik bau, masukkan pula bahan kisar halus. Sambung tumis sehingga pecah minyak ya.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Bila dah agak kering, tuangkan sedikit air dan sambung tumis. Buat macam ni beberapa kali ya supaya cili tu betul-betul masak.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

8. Seterusnya, taburkan daun limau purut.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

9. Masukkan pula ayam tadi, sos cili, sos tiram dan sedikit air untuk kuah. Kacaukan sebati dan tutup kuali sekejap supaya ayam masak elok.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

10. Kemudian perasakan dengan gula melaka, garam dan sedikit air lagi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

11. Kacau-kacau dan taburkan hirisan bawang Holland. Sambung kacau.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

12. Bila bawang dah layu, tutup api dan masukkan air perahan asam limau. Siap!

Kredit gambar: YouTube @Che Nom

Tips Memasak Ayam Masak Thai

  • Bila dah tutup api, barulah boleh perahkan jus limau nipis. Kalau perahkan awal, lain rasanya nanti.
  • Pastikan kunyit dan cili Mommy segar ya. Barulah naik rasa kuah ayam Thai ni.

Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain dengan klik SINI.