Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Pad Kra Pao Yang Menjadi Pilihan Utama Apabila Craving Makanan Thai

Kredit gambar: All Recipes

Menu kali ini mesti jadi kegemaran Mommy, senang dan mudah untuk disediakan dalam masa yang singkat. Yang pasti, bahan-bahan yang digunakan untuk resepi Ayam Pad Kra Pao ala Thai ini tak banyak pun tapi rasanya memang marvelous!

Ditambah dengan telur mata dan nasi putih serta daun salad, sekejap sahaja sudah lengkap hidangan yang menyelerakan untuk keluarga tercinta.

Sekali sekala tak salahkan nak sediakan makanan yang simple, tetapi kenyang dan dapat dinikmati seisi keluarga.

Jom cuba Resepi Ayam Pad Kra Pao ni!

Print

Resepi Ayam Pad Kra Pao

Course Makan Malam
Cuisine Thailand
Keyword Nasi

Ingredients

  • Ayam Dicincang
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis
  • Sos ikan
  • Sedikit air
  • Gula
  • Daun selasih/basil

Bahan Dikisar Kasar

  • Bawang putih
  • Cili padi atau Cili boh
  • Tomato

Instructions

  • Tumis bahan blend kasar dengan menggunakan minyak Canola.
  • Masukkan ayam cincang. Dah masak ayam semua, masukkan sos tiram, kicap lemak manis, sos ikan, sedikit air, gula, dan daun selasih atau daun basil.
  • Bila air macam dah kurang dan ayam nampak garing elok, boleh la tutup api dan sedia untuk dihidang.

Kalau Mama perasan, bahan utama resepi Ayam Pad Kra Pao ini adalah daun basil. Nak tau apakah khasiatnya? Jom baca di bawah:

Khasiat Daun Basil

Kredit gambar: Foodal

Seperti yang kita tahu, daun basil atau daun selasih memang ada unsur penyedap rasa masakan kita. Tapi apakah khasiat yang diberikan pada tubuh badan kita?

Terdapat beberapa mineral dan nutrien dalam daun basil seperti:

  • Kalsium
  • Vitamin A
  • Beta-karoten
  • Beta-cryptoxanthin
  • Lutein and zeaxanthin
  • Vitamin K
  • Vitamin B

Wah! Banyak juga kan khasiat mereka. Selain mineral dan nutrien dalam daun basil, ia juga memberi khasiat untuk tubuh badan kita seperti:

  • Memelihara kesihatan hati
  • Melawan penyakit seperti barah kanser, penyakit jantung, dan diabetes
  • Melawan penuaan
  • Mengurangkan gula dalam darah
  • Merawat kesihatan jantung
  • Melawan jangkitan

Siapa sangka, daun seperti basil dapat memberi pelbagai khasiat untuk kita kan, Mommy? Selain itu, daun basil juga boleh digunakan dalam macam-macam resepi yang lain.

Tambah Rasa Pada Hidangan Dengan Daun Basil

Kredit gambar: Tesco Real Food

Terdapat hidangan lain yang boleh Mommy cuba dengan daun basil ini seperti dalam sup dan sos pasta. Selain itu, Mommy boleh buat bahan ‘marinate’ dengan basil, minyak zaitun, dan bawang putih dicincang halus. Tips lain termasuklah, boleh ditambahkan ke dalam sup dan juga salad. Memang banyak kelebihan daun basil ini tapi itu sahaja untuk resepi kali ini!

Harap-harap ia memberi manfaat kepada Mommy~

Kredit Resepi: SFS_Kitchen