Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sedapnya Resepi Ayam Penyet Bersama Sambalnya Ni – Confirm Seisi Keluarga Suka!

resepi ayam penyet dan sambal

Kredit gambar: istockphoto

Menu nasi ayam penyet memang tak asing kan di Malaysia ni walaupun ia berasal daripada negara seberang. Ayam goreng yang berempah dimakan bersama sambal penyet istimewa, memang akan buat anak-anak dan suami teringat-ingat lah.

Mommy kena bersedialah ya kalau mereka request untuk Mommy repeat resepi ni. Jom, masak bersama Motherhood resepi ayam penyet bersama sambalnya ini, inspirasi daripada masakan Che Nom!

Resepi Ayam Penyet Bersama Sambalnya

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Bahan-bahan tumbuk halus

  • 3 inci halia
  • 6 ulas bawang putih

*bahagikan kepada 2 bahagian

Bahan-bahan rebusan ayam

  • Seekor ayam yang dipotong 4
  • Bahan tumbuk halus bahagian 1
  • 2 inci lengkuas
  • 3 keping daun salam
  • Seketul kiub ayam
  • 2 liter air

*bahagikan air rebusan kepada 3: 1 bekas untuk masak nasi, 1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih untuk bancuhan tepung

Bahan-bahan sup ayam

  • Air rebusan 1 bahagian
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit air
  • Sedikit potongan batang sup
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Sesudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • ½ sudu kecil jintan putih

Bahan bahan perapan ayam

  • Sesudu kecil serbuk jintan manis
  • Sesudu kecil serbuk jintan putih
  • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Sesudu kecil serbuk kunyit
  • ½ – Sesudu besar serbuk kari daging
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu kecil garam
  • Bahan tumbuk halus bahagian 2

Bahan-bahan lain

  • 3 cawan beras
  • 4 ½ cawan air rebusan ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Bahan-bahan sambal ayam penyet (sambal merah)

  • Secawan minyak masak
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebiji bawang besar yang dihiris kasar
  • 3 biji bawang merah yang dihiris kasar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili merah besar yang dihiris kasar
  • 10-15 biji cili padi yang dipatahkan
  • 3 biji tomato bersaiz besar yang dipotong kasar
  • Sesudu besar belacan
  • 2 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji limau nipis yang diperah jusnya

Bahan-bahan sambal ayam penyet (sambal kicap)

  • Sesenduk sambal merah yang belum goreng
  • ½ cawan kicap pekat manis jenama ABC

Bahan-bahan salutan tepung

  • Lebihan rempah perapan ayam
  • Secawan tepung beras
  • Sebiji telur
  • Sedikit garam
  • Secawan air rebusan ayam

Bahan-bahan hiasan

  • Sekeping tempe
  • 3 ketul tauhu
  • Sayur kobis
  • Sayur kacang panjang
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang

Cara-Cara

Cara untuk rebus ayam

1. Tumbukkan bahan-bahan tumbuk halus dan bahagikan kepada 2 bahagian.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Dalam kuali, masukkan ayam dan gaulkan bersama bahan-bahan lain rebusan ayam.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Kemudian, rebuskan sehingga ayam empuk dalam anggaran 15 minit macam tu.

4. Bila dah empuk, angkat ayam dan ketepikannya ke dalam mangkuk.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Bahagikan air rebusan kepada 3 bahagian. Masukkan 2 bahagian ke dalam mangkuk dan tinggalkan 1 bahagian di dalam kuali tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara buat sup kosong

1. Masukkan kesemua bahan untuk buat sup ayam ke dalam air rebusan dalam kuali tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian kacau dan masak sehingga ia mendidih.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara buat perapan ayam

1. Masukkan kesemua bahan untuk buat perapan ayam ke dalam mangkuk ayam yang direbus tadi dan gaulkan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian, tutupkannya dan biarkan ayam diperap dahulu dalam kira-kira 2 hingga 3 jam.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara masak nasi ayam penyet

1. Sementara itu, kita akan masak nasi untuk ayam penyet. Masukkan daun pandan, air rebusan ayam dan garam ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibasuh.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian masak nasi macam biasa.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara buat sambal penyet

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Angkat ikan bilis dan gorengkan bawang dan cili padi sehingga lembut.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Diikuti dengan cili merah.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Kemudian, tomato.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Gorengkan juga belacan sehingga naik bau.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Dah angkat semua, blend atau tumbuk kasar kesemuanya.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Asingkan sesenduk untuk buat sambal penyet kicap dan masukkan selebihnya ke dalam kuali tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

8. Tumiskan bersama gula, garam dan jus limau nipis.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

9. Sambal ayam penyet merah dah siap!

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara buat sambal penyet kicap

1. Ambil sesenduk sambal penyet yang belum ditumis tadi dan kisarkan bersama kicap.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian perahkan sedikit limau dan dah siap sambal kicap kita.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Cara untuk goreng tauhu dan tempe

1. Keluarkan ayam dari mangkuk perapannya tadi dan gaulkan tauhu dan tempe dengan lebihan rempah perapan tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

2. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk salutan tepung dan adunkan dengan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan macam ni.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

3. Salutkan ayam, tempe dan tauhu kesemuanya ke dalam adunan tepung ni dan gorengkan.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

4. Goreng sekejap je sehingga garing.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

5. Dah angkat semua, gorengkan lebihan tepung tadi macam ni, seakan renjis-renjis untuk hasilkan kriuk-kriuk penyet.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

6. Bila dah garing, angkat dan taburkan di atas ayam penyet bersama tauhu dan tempe tadi.

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

7. Seterusnya, sebelum hidang, ketuk-ketuk dulu ayam penyet. Tak nama ayam penyet lah kalau tak ketukkan sedikit kan?

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Tips Menyediakan Resepi Ayam Penyet

  • Memang banyak benda nak kena buat. Tapi kalau Mommy cuba, hasilnya pasti berbaloi.
  • Jangan lupa untuk tumis sambal penyet sedikit garing ya. Nanti kalau rasa mentah tak sedap tau.

Tengok juga cara buat nasi hujan panas kat sini. Kalau masakan homemade, memang tak mengecewakan kan?