Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Percik Dengan Kuah Berpalit Memang Sedap Menyelerakan!

resepi ayam percik

Kredit gambar www.tumis.my

Resepi ayam percik antara salah satu menu paling popular tatkala bulan ramadan menjelang. Banyak dijual di bazar ramadan dan memang berpusu-pusu orang ramai yang akan datang membeli untuk dijadikan menu berbuka puasa nanti.

Bila bulan ramadan sudah lama berlalu, mesti terbit rasa rindu kan? Rindu rasanya yang enak dengan isi yang lembut, berpalit pula kuah yang pekat secukup rasa. Terliur rasa!

Sebenarnya, menu ini taklah susah sangat. Boleh je kalau Mommy nak cuba buat di rumah. Mesti lagi gempak rasanya sebab hasil tangan sendiri kan? Jom ikuti panduan resepi yang kami sudah sediakan untuk Mommy semua cuba dekat bawah ini. Selamat mencuba!

Cara Penyediaan Resepi Ayam Percik

Bahan-Bahan:

  • Ayam
  • Ketumbar secukupnya (dikisar halus)
  • Jintan manis secukupnya (dikisar halus)
  • Garam dan gula

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kunyit segar

Bahan Kuah:

  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Sedikit air
  • Sos cili
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam

Cara-cara masak:

#1. Pertama sekali, Mommy cuci sehingga bersih ayam yang telah Mommy potong dan toskan airnya.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#2. Mommy panaskan kuali. Tanpa menggunakan minyak, Mommy tuang semua bahan kisar, ketumbar dan jintan dan Mommy perasakan dengan garam dan gula biar cukup rasa.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#3. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam separuh masak.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#4. Seterusnya, keluarkan ayam dan letak di atas dulang pembakar.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian Mommy renjiskan sedikit minyak zaitun atau minyak masak pada ayam dan bakar menggunakan pemanggang ajaib atau bara api.

#5. Untuk kuah ayam percik Mommy, masak cili dan bawang putih yang telah dikisar bersama sedikit air. Mommy reneh sehingga ia mendidih dan cili masak.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian Mommy tambahkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung ke dalamnya.

#6. Seterusnya, Mommy kacau sehingga kuah menjadi pekat.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Mommy boleh rasa sedikit bagi memastikan ianya sedap secukup rasa. Jika gula atau garam tidak terasa, Mommy tambah lagi sehingga menepati cita rasa Mommy.

Sekiranya ada bijan, Mommy boleh masukkan ke dalam kuah. Kuah ayam percik Mommy sudah siap dan Mommy boleh tuangkan ke atas ayam bakar tadi semasa menghidang.

Tips atau Petua Memasak Resepi Ayam Percik

  • Untuk mendapatkan kuah percik yang sedap, Mommy lebihkan sedikit gula supaya ia sedikit manis.
  • Asam gelugur tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan rasa masam yang berlebihan. Sekiranya rasa masam sudah mencukupi, Mommy perlu keluarkan asam keping dari kuahnya.
  • Bagi mendapatkan ayam percik yang sedap. Mommy boleh menggunakan arang yang telah dijadikan bara.

Untuk resepi ayam yang lain, Mommy boleh mencuba resepi Ayam Stim Halia yang penuh nutrisi ini. Selamat menikmati juadah Mommy!