Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Masak Resepi Ayam Ungkep Jawa Viral Yang Sedap & Padu!

resepi ayam ungkep

Sumber ResepiCheNom

Masakkan mudah yang akan kami kongsikan melalui perkongsian kali ini adalah resepi ayam ungkep. Ayam ungkep merupakan hidangan yang ringkas namun enak. Ianya adalah makanan tradisi dan sangat popular di kalangan masyarakat jawa.

Masakan ungkep bermaksud ‘tutup’ ketika dimasak, bahan-bahan serta ayam ini perlu disatukan supaya mesra dan ditutup ketika ianya sedang dimasak sehingga menggelegak.

Masakan ayam ungkep menjadi istimewa kerana dibumbui dengan rempah ratusnya yang meresap hingga ke dalam membuatkan tekstur dagingnya menjadi lembut.

Masakan ini juga seakan-akan masakan rendang, kerana berempah tetapi dengan sedikit kuah yang pekat dan sangat menyelerakan.

Selain sesuai dimakan dengan nasi, ayam ungkep ini juga sedap disajikan dengan ketupat, lemang, nasi impit dan lain-lain. Ianya juga boleh diratah begitu saja.

Resepi Ayam Ungkep

Highlighted


Bahan-bahan:

  • 1kg ayam – potong 10-12
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk:

  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara-cara:

#1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis serai yang telah Mommy ketuk tadi.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Apabila sudah naik bau, Mommy masukkan bahan-bahan yang telah Mommy kisar tadi. Mommy tumis sehingga semua bahan tadi sebati dan pecah minyak.

#2. Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata sampai ayam menjadi kecut dan masak.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Mommy tambahkan air sedikit demi sedikit dan kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Seterusnya perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa mengikut cita rasa hati.

#3. Masak sehingga kuah menjadi agak kering dan berpalit pada ayam. Walau bagaimanapun jika Mommy suka kuahnya banyak, tidak perlu masak sampai kering.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Tutup api dan bolehlah Mommy hidangkan bersama nasi panas.

Tips/Petua Memasak Resepi Ayam Ungkep

  • Mommy boleh juga guna serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
  • Mommy perlu pastikan bahan-bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak supaya cili yang Mommy guna dalam masakan tidak akan mengakibatkan sakit perut.
  • Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar. Ini kerana masakan ungkep perlu ditutup rapat dan dimasak lama supaya ayam tersebut empuk dan masak sempurna. Tetapi jangan pula lupa untuk membalik-balikkan supaya tidak hangus.

Semoga Mommy sekeluarga gembira menikmati menu yang sangat sedap ini!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.