Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kaya Dengan Karbohidrat Yang Bagus, Jom Cuba Resepi Begedil Sardin Yang Pasti Sedap Menjilat Jari!

Hari ini kita kongsikan resepi begedil sardin dan bahan utamanya, tak lain, tak bukan, kentang!

Tahukah Mommy, begedil adalah makanan Indonesia yang dipanggil sebagai ‘perkedel’. Perkedel yang sering dibuat adalah daripada kentang hancur, tetapi, perkedel juga telah dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti perkedel jagung, perkedel tauhu dan perkedel ikan.

Orang Indonesia memanggil perkedel tetapi di Malaysia dan Singapura, ia dipanggil begedil. Makanan bergoreng ini diperkenalkan oleh pendatang Jawa ke Malaysia dan Singapura.

Kredit gambar: Asian food network

Perkedel dipercayai berasal daripada Frikadeller Belanda, yang sebenarnya merupakan bebola daging Denmark atau hidangan daging cincang. Ia berpunca daripada hubungan sejarah dan kolonial Indonesia dengan Belanda. Tidak seperti Frikadeller, bahan utama perkedel bukanlah daging, tetapi kentang yang telah ditumbuk.

Selain daripada itu, perkedel adalah hidangan popular, sama ada untuk ulam atau pembuka selera. Di Indonesia, ia biasanya dihidangkan dengan soto ayam, sup ayam serta sup sayur biasa.

Mari kita lihat pula khasiat bahan utamanya iaitu kentang!

Kandungan Kentang

Kredit gambar: pasartani melawati

Sebiji kentang mempunyai:

  • Kalori: 87
  • Air: 77%
  • Protein: 1.9 gram
  • Karbohidrat: 20.1 gram
  • Gula: 0.9 gram
  • Serat: 1.8 gram
  • Lemak: 0.1 gram

Mari kita tengok pula kentang kepada kesihatan kita iaitu:

  • Kesihatan jantung – Ia mengandungi sejumlah mineral dan sebatian tumbuhan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah.
  • Tekanan darah – Kalium, kalsium, dan magnesium semuanya ada dalam kentang. Ia untuk mengurangkan tekanan darah secara semula jadi.
  • Kesihatan tulang – Zat besi, fosforus, kalsium, magnesium, dan zink dalam kentang ini semuanya dapat membantu tubuh badan untuk membina dan mengekalkan struktur dan kekuatan tulang.
  • Keradangan – Kolina (choline) adalah nutrien penting dan serba boleh yang terdapat dalam kentang. Ia membantu pergerakan otot, emosi, pembelajaran, dan ingatan.
  • Kanser – Pengambilan serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tumbuhan ini dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolon.
  • Pengurusan berat badan dan kekenyangan – Ia membuatkan kita rasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama dan mengurangkan selera makan, serta kurang pengambilan kalori.

Jom Masak!

Haaa, banyak pengetahuan kita tentang kentang selepas ini. Kentang juga boleh dimasak dengan pelbagai cara. Mommy boleh cuba resepi-resepi tersebut di Motherhood Story yang lain!

Harap-harap, maklumat ini dapat membantu Mommy untuk lebih faham tentang makanan yang kita sering makan. Mari kita reseou Begedil Sardin ini:

Print

Begedil Sardin Menggunakan Air Fryer

Course Minum Petang, Snek
Cuisine Indonesia
Keyword begedil, begedil sardin, kentang
Prep Time 15 minutes
Cook Time 28 minutes
Total Time 43 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 3 biji kentang saiz kecil (Dipotong)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 2 sudu makan sos/kuah sardin
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur (Dipukul rata)

Instructions

  • Mula-mula, panaskan Air Fryer pada suhu 160°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan kentang ke dalam Air Fryer dan sapukan minyak zaitun. Kemudian, masak selama 15 minit.
  • Keluarkan kentang dan tumbuk hancur.
  • Hancurkan sardin dan gaul sebati dengan kentang dan semua bahan lain kecuali telur.
  • Buatkan bebola kecil dan leperkan.
  • Celupkan di dalam telur.
  • Sapukan minyak zaitun di seluruh begedil.
  • Masukkan begedil dan masak selama 10 minit.
  • Akhir sekali, hidangkan.

Semoga bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga. Selamat mencuba!