Resepi bergedil ayam pernah menjadi viral dan kegilaan ramai pada suatu ketika dahulu. Resepi yang menggunakan bahan utama iaitu ubi kentang akan digaul bersama dengan daging atau ayam dan dimakan dengan sambal kicap.
Kebanyakan orang menyediakan bergedil ayam ini adalah untuk dihidangkan bersama dengan soto ayam untuk mendapatkan rasa yang lebih enak ketika menikmatinya.
Selain dimakan bersama soto ayam, bergedil juga boleh dimakan bersama nasi putih. Malah, ianya juga boleh dimakan begitu sahaja atau pun bersama dengan sos pencicah. Menu ini bukan sahaja disukai oleh golongan dewasa tetapi kanak-kanak juga turut sama menyukainya.
Bahan-bahan untuk membuat bergedil juga sangat senang dan mudah didapati di pasaraya atau kedai runcit yang berhampiran. Cara untuk memasak bergedil pula sangat ringkas dan tidak memakan masa yang lama.
Mommy boleh cuba membuat bergedil di rumah dan hidangkan kepada keluarga anda berpandukan resepi yang kami kongsikan ini.
Cara Membuat Resepi Bergedil Ayam Yang Ringkas
Bahan-bahan kentang:
- 4-5 biji ubi kentang
- 150 gram daging ayam kisar
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 1 pokok daun sup dihiris halus
- 3 sudu besar bawang goreng
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 biji cili merah dicincang kasar
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur ayam
- Minyak
Bahan-bahan sambal kicap:
- 1 biji cili merah
- 15 biji cili api
- 2 ulas bawang putih
- 2 sdk gula
- 1 sdt garam
- 1/2 cawan kicap manis
Cara Masak Sambal:
#1. Goreng cili merah dengan bawang putih hingga layu.
#2. Masukkan semua bahan ke dalam blender, dan kisar halus.
Cara-cara masak ayam :
#1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
Kemudian, masukkan ayam kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya.
Cara-cara masak bergedil:
#1. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dalam anggaran 1 mangkuk. Kemudian goreng kentang sehingg berwarna kuning-kekuningan dan empuk. Angkat dan letakkan di dalam bekas.
Hancurkan kentang dengan melenyeknya sehingga halus. Lakukan ketika ianya masih lagi panas. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam dan juga serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
#2. Ambil adunan tadi dan bulatkannya. Kemudian, leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau pun dulang.
Celup bergedil di dalam telur yang sudah dikacau.
#3. Goreng sehingga kekuningan. Biarkan bahagian bawah bergedil keras sedikit baharulah dialihkan di bahagian atas pula supaya bergedil tidak hancur.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Bergedil Ayam:
- Bagi yang menyukai rasa pedas, boleh letak cili lebih di dalam sambalnya.
- Jika Mommy nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun boleh, atau nak letak kedua-duanya pon boleh.
- Untuk mendapatkan rasa yang lebih lazat, anda boleh menggoreng bahan-bahannya terlebih dahulu.
- Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk, jika mahu makan hanya ambil dan gorengkan sahaja.
- Menu ini juga selain dibuat untuk makan, ia juga boleh dijadikan pendapatan sampingan buat Mommy yang tidak bekerja.
- Sangat sesuai dimakan bersama makanan yang berkuah sup.
Semoga dengan perkongsian resepi ini, koleksi menu hidangan harian anda akan lebih bervariasi. Selamat mencuba!
Untuk resepi-resepi lain, Mommy boleh rujuk SINI.