Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Untuk Dicuba Bersama Si Manja: Jom Ajar Mereka Memasak Dengan Resepi ‘Simple’ Ini Sempena Cuti Sekolah!

Selain daripada aktiviti biasa yang sering dilakukan anak-anak, kali ini, Min nak ajak Mommy dan anak-anak cuba memasak pula. Dalam erti kata lain, Mommy boleh ajak anak-anak Mommy memasak bersama, dan mulakan dengan resepi-resepi kid-friendly ini.

Memasak ni seronok tau. Lagi pulak, tak semestinya anak perempuan atau kaum wanita sahaja yang harus pandai masak. No no. Kita didik anak kita, sama ada lelaki mahupun perempuan sendiri untuk buang stigma hanya kaum wanita sahaja yang harus berada di dapur, pandai masak, pandai melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Bersempena dengan cuti sekolah mahupun bagi mereka yang masih mencari aktiviti untuk anak-anak pada hujung minggu, bolehlah Mommy luangkan masa bersama anak-anak dengan memasak. Lama-kelamaan, anak-anak pun boleh tolong Mommy sediakan hidangan di rumah tau.

Jom tengok resepi-resepi ‘kid-friendly’ untuk dicuba oleh Mommy dan si Manja. Peringatan untuk Mommy, bagi bahagian yang harus menggunakan peralatan tajam seperti pisau dan gunting, pastikan Mommy yang buat atau fokus pada anak yang ingin cuba menggunakan alat-alat tersebut.

5 Resepi ‘Kid-Friendly’ Yang Boleh Dicuba 

Print

Resepi Egg Tofu Bites

Course Minum Petang
Cuisine Melayu
Keyword tauhu

Ingredients

  • 1 pek Egg tofu (potong 8)
  • 15 g Serbuk roti
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang merah
  • Lada hitam kisar

Sos Yogurt

  • Yogurt asli
  • Serbuk paprika
  • Lada hitam kisar (optional sebab dekat bread crumbs dah letak)
  • Serbuk bawang putih
  • Garam

Instructions

  • Mula-mula potong tauhu telur kepada 8 bahagian.
  • Perisakan serbuk roti dengan serbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam kisar.
  • Salut dan ratakan tauhu dalam bekas dan goncang tetapi jangan terlalu kuat.
  • Masak hingga garing atas kuali tanpa minyak.

Cara Buat Sos Yogurt

  • Masukkan yogurt ke dalam bekas yang kecil, masukkan paprika, lada hitam kisar, serbuk bawang putih, garam dan gaul hingga rata.

Notes

Kredit Instagram: Izzah’s Diet Journey

 

Print

Resepi Puding Roti

Course Pemanis Mulut
Cuisine Melayu
Keyword roti

Ingredients

  • 2 keping roti wholemeal
  • 1 biji telur
  • ½ cawan susu
  • puri kurma 
  • kismis

Instructions

  • Mula-mula potong roti wholemeal dan susun dalam bekas.
  • Campurkan telur, susu, puri kurma dan gaul sebati dan tuangkan ke dalam bekas roti.
  • Susun kismis di atas puding roti dan kukus selama 15-20 minit. Tunggu sejuk dan hidangkan.

Notes

Kredit: Instagram babyfood.dimdim
 

Print

Resepi Sausage Roll

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword roti

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 5 keping pastri puff (bahagi 2)
  • 5 keping keju (bahagi 2)
  • 5 keping sosej (bahagi 2)
  • 1 biji telur (Untuk egg wash)

Instructions

  • Potong kesemua bahan dan susun pastri, keju dan sosej.
  • Gulungkan dan susun atas pinggan. Cucuk pastri puff menggunakan garfu dan sapukan telur ke atas sosej puff tersebut.
  • Bakar dalam Air-Fryer, suhu 180°C selama 10 minit. Sedia untuk dihidang.

Notes

Kredit: Tiktok Ninniey2
 

Print

Resepi Kek Milo Lava

Course Pemanis Mulut
Cuisine Barat
Keyword Kek

Equipment

  • Pengukus

Ingredients

  • 4 sudu besar milo
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 biji telur

Instructions

  • Campurkan air panas dan milo dan kacau hingga kelihatan pekat.
  • Gaul telur dan gula hingga sebati dan masukkan tepung. Kacau sebati.
  • Campurkan milo ke dalam adunan telur tadi hingga sebati dan masukkan mentega.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus selama 8 minit dan taburkan milo atas kek lava kita. Hidangkan.

Notes

Kredit: TikTok Siti Sarah Othman

 

Print

Resepi Creamy Pumpkin Pasta 

Course Makan Malam
Cuisine Barat
Keyword Mi/Pasta

Ingredients

  • Pasta
  • Labu & Lobak Merah ( Tumbuk )
  • Mentega tanpa garam
  • Bawang putih
  • Serbuk Bawang
  • Parsley
  • Susu full krim
  • Cream Cheese

Instructions

  • Rebuskan pasta, toskan dan letak tepi dahulu.
  • Ratakan mentega di kuali, kemudian masukkan daun kari & bawang putih atau serbuk bawang sehingga naik bau.
  • Hancurkan labu dan lobak merah (boleh lebihkan labu, kemudian letakkan sedikit Italian Herb & juga Onion Powder.
  • Curahkan susu full krim dan kacau sehingga sebati (kalau susu terlalu pekat boleh letak air masak).
  • Gaul sos labu bersama pasta tadi dan tabur sedikit parsley.

Notes

Kredit: Instagram lufyadaleesha

Selamat mencuba Mommy!