Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Bihun Sup Daging Masakan Ala Thai Dengan Rasa Yang Premium, Pasti Tergoda!

resepi bihun sup daging

Kredit gambar: Youtube @ Che Nom

Pernah cuba tak resepi bihun sup daging ala Thai? Kalau belum, jomlah try buat menu ringkas yang sangat menarik dan lain dari yang lain ini!

Masakan ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai tomyam dan cara menyediakannya juga adalah sangat ringkas dan yang paling penting sekali Mommy tak perlukan banyak bahan pun untuk memasaknya!

Walaupun resepi ini tidak menggunakan banyak bahan, namun rasanya itu tetap premium dan boleh membuatkan anda menambahnya berkali-kali! Jom lihat cara penyediaannya di bawah ini dengan lebih jelas dan terperinci lagi.

Resepi Bihun Sup Daging Ala Thai

Resepi Sup Daging Thai

Bahan-bahan:

  • Daging
  • 1 biji tomato
  • 1 batang saderi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji kentang
  • 1 biji limau nipis
  • 2 batang cili padi
  • 1 paket perencah sup Siam
  • 1 sudu nampla

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy potong semua bahan seperti di dalam gambar di bawah ini. Daging pula Mommy rebus terlebih dahulu sehingga ia menjadi empuk dan lembut.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian Mommy tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan. Setelah minyak mulai panas, masukkan semua bahan yang telah dipotong dan goreng sehingga ia menjadi layu dan apabila warna sudah bertukar menjadi keperangan Mommy masukkan pula satu sudu nampla.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Seterusnya, masukkan 200ml air serta daging yang telah direbus tadi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Kemudian, masukkan pula 1 paket perencah sup siam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Kacau sebati semua bahan dan masukkan pula 1 mangkuk air rebusan daging sebentar tadi dengan sedikit gula sawit siam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Setelah itu, masukkan pula cili padi, bawang holland dan tomato yang telah dipotong. Biarkan ia mendidih dan tunggu sehingga kentang menjadi empuk baharulah tutup api.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili padi
  • Sedikit kicap manis jenama kipas udang
  • Sedikit kicap masin jenama kipas udang
  • 1 sudu bawang goreng
  • Sedikit minyak

Cara-cara masak:

#1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi serta bawang sehingga ia sedikit garing dan berwarna keperangan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian angkat dan toskan minyak. Masukkan kedalam lesung batu.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Seterusnya, masukkan satu sudu bawang goreng dan tumbuk semua bahan hingga menjadi lumat.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Masukkan kicap manis dan kicap masin serta perahan limau nipis. Siap untuk dihidang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Bihun

Bahan-bahan:

  • Bihun
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara masak:

#1. Bihun direndam terlebih dahulu selama lebih kurang 30 minit. Kemudian panaskan air dan masukkan bihun yang telah direndam sebentar tadi bersama-sama dengan sedikit serbuk kunyit.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tidak perlu tunggu sehingga air mendidih, hanya perlu tunggu sehingga ia benar-benar lembut baharulah diangkat dan ditoskan airnya.

Tips/Petua

  • Selepas bihun direbus, Mommy perlu bilas dengan air agar proses pemanasan dapat segera dihentikan.
  • Jangan terlalu lama merebus bihun, takut nanti bihun akan terlampau lembut dan terus menjadi lembik apabila dimakan bersama dengan sup yang masih lagi panas.
  • Kalau masukkan perencah sup siam, tidak perlu lagi masukkan garam kerana ia sudah lengkap segala rasa.
  • Selain dimakan bersama dengan bihun, Mommy boleh juga nikmatinya dengan kuey teow atau mee.

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini, Mommy berpuas hati dengan rasanya nanti!


Jom cuba pelbagai pilihan resepi menarik lain di SINI!