Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Snek Kegemaran Anak Yang Confirm Mereka Nak Lagi! Resepi Bolognese Cheesy Fries

Kredit gambar: Pintrest

Resepi kali ini mungkin akan menjadi kegemaran anak-anak Mommy. Apabila mereka balik dari sekolah dan mahukan snek untuk tonton cerita kegemaran mereka, Mommy boleh sediakan makanan yang simple dengan menggunakan air fryer sahaja iaitu, Resepi Bolognese Cheesy Fries yang bakal menjadi kegemaran satu keluarga!

Sebelum itu, untuk memahami resepi ini, mari kita lihat:

Asal Usul Cheesy Fries 

Hidangan ini berasal dari Amerika Syarikat. Tetapi tempat kelahirannya yang tepat masih dipertikaikan oleh orang ramai. Cheesy fries dikatakan semakin popular di Amerika Syarikat selepas produk keju dalam tin seperti Cheez Whiz diperkenalkan pada tahun 1952.

Terdapat pelbagai versi cheesy fries, ramai orang kata Austin Ruse menciptanya di Dairy Queen di Missouri. Selain itu, ia juga dicipta di kedai makan oleh Don Jenkins yang berusia 16 tahun mencampur cili daging, keju dan kentang goreng di Dairy Queen di Tomball, Texas.

Cara Memasak Kentang

Kalau Mommy mahu membuat kentang goreng sendiri, Mommy boleh cuba tips ini. Selepas memotong kentang secara panjang dan nipis seperti fries, Mommy boleh rendamnya ke dalam air sebelum menggoreng.

Merendam kentang goreng yang dikupas, dibasuh dan dipotong dalam air sejuk semalaman dapat menghilangkan lebihan kanji kentang, yang menghalang kentang goreng daripada melekat dan membantu mencapai kerangupan kentang goreng tersebut.

Tambah sedikit minyak untuk mengelakkan kentang goreng daripada melekat di dalam air fryer.

Pemilihan Sos Bolognese

Seterusnya, sos bolognese. Mommy mesti fikir, senang je kan dah ada sos tomato dalam tin. Tetapi Mommy perlu pilih yang terbaik untuk hidangan yang lazat! Jenama sedap dan senang diperolehi mestilah Prego dan juga Leggo’s. Selain itu, anda boleh tambah sedikit gula dan jus lemon untuk mengurangkan rasa tomato.

Semasa memasak, Mommy boleh upgrade sos bolognese Mommy dengan menambah perasa lain untuk meningkatkan kelazatannya seperti menambah sedikit worcestershire sos atau kicap kerana kedua-duanya sangat sesuai dengan hidangan daging cincang.

Kredit gambar: iGourmet

Kemudian, bahan terakhir adalah keju. Pastikan Mommy memilih keju yang cair, kerana sesetengah keju akan hancur tanpa cair, dan yang lain mungkin memecahkan sos apabila dipanaskan.

Untuk resepi ini, kita akan menggunakan keju cheddar. Tetapi Mommy juga boleh tambah dengan keju lain juga untuk menikmati kelazatannya!

Wah! Rupanya cheesy fries ini berasal daripada Amerika dan mempunyai pelbagai cara penyediaan. Banyak juga tips yang boleh digunakan semasa penyediaan Bolognese Cheesy Fries ini.

Print

Resepi Bolognese Cheese Fries Guna Air Fryer

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword keju, kentang, Mi/Pasta
Prep Time 15 minutes
Cook Time 38 minutes
Total Time 53 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

BAHAN-BAHAN A

  • 1 mangkuk kentang French fries frozen
  • 125 gram keju cheddar (Dipotong kecil)
  • Sedikit daun Parsley (Dicencang)

BAHAN-BAHAN B (SOS DAGING)

  • 200 gram daging kisar (Diperoi)
  • 3 sudu makan sos spaghetti
  • 1 sudu teh lada hitam
  • ½ labu bawang Holland (Dipotong dadu)
  • ½ biji capsicum hijau (Dihiris nipis)
  • 4 biji cendawan butang (Dihiris nipis)
  • 1 susu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan kentang French Fries ke dalam Air Fryer. Masak selama 10 minit. Keluarkan.
  • Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk stainless steel dan kacau rata.
  • Kemudian, masukkan ke dalam Air Fryer dan masak selama 10 minit. Kacau rata dan masakkan lagi 10 minit. Keluarkan.
  • Masukkan kentang fries ke dalam bekas aluminium kecil. Letak sos daging ke atas kentang.
  • Taburkan keju cheddar dan daun Parsley.
  • Sekali lagi, masukkan ke dalam Air Fryer dan masak lagi selama 5 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan dan hidangkan.

Dengan hanya menggunakan air fryer, mudah betul nak masak semua jenis masakan dari timur ke barat! Mesti ia akan menjadi kegemaran anak-anak tetapi ingat makan dengan berwaspada. Selamat mencuba Mommy!