Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Breakfast English Popovers Dengan Tepung Cassava Untuk Anak-anak Mommy

Mommy mencari resepi mudah dan berkhasiat untuk si manja? Jangan tengok jauh-jauh lagi! Kita ada resepi yang paling sesuai untuk si manja rasa sedap dan puas hati bila makan.

Sangat simple sediakan dan bahan-bahannya mudah untuk didapati. Sesuai untuk light breakfast dan snek minuman petang untuk keluarga tercinta.

Jom cuba Resepi Breakfast English Popovers ni daripada Puan Mazliana Mazlan!

Print

Breakfast English Popovers

Course Sarapan
Cuisine Barat
Keyword ayam
Author Mazliana Mazlan

Ingredients

  • Telur ayam tanpa antibiotik dan hormon
  • Lada hitam
  • Tepung cassava
  • Susu segar
  • Garam Himalaya
  • Sosej tanpa MSG
  • Tomato ceri

Instructions

  • Masukkan ke semua bahan kecuali sosej dan cherry tomato. Dan kacau dalam 15 saat.
  • Tuang adunan ke dalam silicone mould, letak sosej dan tomato.
  • Kemudian bakar 20 minit. Selesai dan boleh dimakan!

Dalam resepi ini, Puan Mazliana menggunakan tepung cassava atau nama lainnya tepung ubi. Jom kita tengok khasiatnya dan mengapa kita perlu mengambilnya dalam kadar yang sederhana sahaja.

Khasiat Tepung Cassava 

Tepung Cassava ataupun nama lainnya ubi kayu adalah bahan yang sihat serta serba boleh untuk Mommy gunakan bagi menyediakan pelbagai jenis resepi dan hidangan. Kalau Mommy nak tahu, kandungan kanji tepung ini adalah tinggi dan ia boleh membantu dalam:

  • Penurunan berat badan
  • Bantu meningkatkan kesihatan usus
  • Memberi manfaat kepada penanda metabolik, seperti paras gula dalam darah dan kolesterol

Awas Mommy! Walaupun ia jarang sangat berlaku, pengambilan tepung ubi kayu pun boleh menyebabkan keracunan sianida tau! Dan boleh membawa maut.

Apabila ia diproses dalam jumlah yang banyak dan tidak betul, ia akan menjadi bahaya. Ubi kayu ni mempunyai glikosida sianogenik yang bertindak sebagai pertahanan kimia terhadap mikroorganisma penyebab penyakit dan haiwan pemakan tumbuhan.

Tanda dan simptom keracunan sianida termasuk:

  • pening
  • muntah
  • pernafasan laju
  • tidak sedar akibat tekanan darah rendah
  • degupan jantung yang cepat

So, hati-hati ya Mommy! Selain itu, tepung ini boleh digunakan untuk menyediakan hampir semua jenis makanan seperti

  • roti
  • brownies
  • kek
  • mufin
  • biskut
  • penkek
  • wafel
  • donat

Selain daripada itu, Mommy juga boleh menggunakan tepung ini untuk membuat pasta bebas gluten atau pizza crust anda sendiri.

Banyak sungguh kegunaan tepung ubi kayu ni. Macam-macam resepi boleh dimasak untuk si manja kita.

Yang penting, Mommy harus berwaspada dengan kegunaan tepung ini untuk menjadi pengganti tepung gandum biasa. Namun Mommy boleh masak makanan-makanan lazat dengan tepung ini jangan risau!

Kredit: Facebook Mazliana Mazlan 


Untuk pelbagai resepi menarik yang lain untuk anak-anak Mommy, Mommy boleh lihat di sini.