Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bubur Ayam Berlauk Resepi Sedap Turun Menurun

resepi bubur ayam

Kredit gambar www.myresepi.com

Dekat negeri lain, resepi bubur ayam kalau nak ikutkan memang umum dengan resepi bubur yang dibuat khas untuk orang sakit dan juga makanan bagi bayi. Tapi kalau dekat negeri pantai timur, resepi bubur ayam berlauk atau bubur berlauk ini memang sangat terkenal bahkan boleh dikatakan setiap hari masakan ini ada terjual di kedai-kedai makan.

Bubur nasi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat istimewa kerana turut dihidangkan dengan aneka lauk lain seperti telur masin, ikan bilis goreng, sambal, kangkung dan lain-lain lagi.

Bagi mengetahui keenakan rasanya, di bawah ini kami sertakan pilihan resepi untuk Mommy mencubanya.

Cara Penyediaan Resepi Bubur Ayam Berlauk

Bahan-bahan bubur :

  • 1 1/2 cawan beras
  • 3 ketul isi ayam
  • serai diketuk
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 senduk kecil santan
  • Garam
  • Lada hitam

Bahan-bahan kangkung goreng belacan :

  • sayur kangkung
  • segenggam ikan bilis*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili padi*
  • 1 tangkai cili merah besar*
  • 1 inci belacan*
  • garam

Bahan tambahan :

  • telur masin (direbus)
  • ikan bilis (digoreng)
  • bawang merah (dipotong dan digoreng)

Cara-cara masak bubur nasi :

#1. Ambil beras, cuci sehingga bersih dan toskan. Kemudian rebus sehingga beras menjadi lembut. Sukatan untuk air adalah 1 cawan beras bersamaan dengan 7 cawan air. Kalau Mommy rasa masih tidak mencukupi, boleh tambah lagi air.

#2. Masukkan serai, bawang merah, bawang putih, halia dan juga isi ayam serta halba. Seterusnya, masukkan pula santan. Setelah semua bahan telah masak sempurna, perasakan dengan garam.

Cara-cara masak kangkung goreng belacan :

#1. Tumbuk semua bahan bertanda sehingga lumat.

Highlighted

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah siap ditumbuk sebentar tadi.

#3. Setelah berbau wangi dan sedikit garing, masukkan pula sayur kangkung, goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#4. Panaskan minyak dan goreng pula bawang merah yang siap dipotong sehingg garing untuk dijadikan bawang goreng ketika makan bubur nasi nanti.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#5. Telur masin pula, Mommy rebus sehingga masak.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#6. Ikan bilis juga digoreng sehingga garing. Siap dan boleh dihidang.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Tips/Petua :

  • Menu ini sangat popular di negeri pantai timur dan sesuai buat orang yang sedang sakit.
  • Lebih sedap jika dimakan dengan sup ayam/daging.

Semoga Mommy menyukai perkongsian menu kali ini!


Nak lagi resepi menarik yang lain? Klik SINI.