Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Cucur Ikan Bilis Yang Sedap Macam Nenek Kita Selalu Buatkan Dahulu

resepi cucur ikan bilis

Kredit gambar : cikmatahariku.blogspot.com

Resepi cucur ikan bilis atau juga dipanggil jemput-jemput ikan bilis merupakan antara hidangan paling sedap untuk sarapan atau minum petang.

Apatah lagi jika dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kebiasaan orang sebelah selatan. Cucur ikan bilis boleh juga dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos tomato mengikut selera masing-masing.

Di sini kami kongsikan ressepi cucur ikan bilis yang rasanya sangat sedap dan menyelerakan selain mudah untuk disediakan.

Resepi Cucur Ikan Bilis

Highlighted


Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • Segenggam ikan bilis (boleh dikisar atau ditumbuk)
  • batang lobak merah
  • kucai atau daun sup
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air panas (telah mendidih)
  • minyak masak

Cara-cara masak:

#1. Mommy gaulkan tepung gandum bersama bawang besar yang telah dimayang, ikan bilis yang ditumbuk atau dikisar halus, lobak merah yang dihiris halus serta daun kucai atau daun sup yang dipotong pendek dan garam.

Kredit gambar : www.rasa.my

Setelah tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul sehingga sekata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Kemudian buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih sesuai kalau bancuh menggunakan bekas atau besen besar.

#2. Selepas itu, tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung menjadi sebati dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang masih belum digaul. Ulangi langkah tersebut sehingga tepung habis.

Kredit gambar : Facebook @kualimama

Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, tepung-tepung tersebut akan kelihatan seperti doh. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh kepada ketulan yang lebih kecil atau mengikut citarasa anda.

#3. Tunggu sehingga tepung sejuk sedikit, barulah digoreng dalam minyak masak yang mencukupi dan panas.

Tips Menyediakan Resepi Cucur Ikan Bilis Ini

  • Mommy boleh sahaja tambah udang atau apa-apa yang disukai.
  • Basahkan tapak tangan sebelum menguli doh. Ia bertujuan untuk memudahkan Mommy membentuk doh menjadi lebih cantik.
  • 3 cawan tepung gandum sudah cukup untuk menghasilkan cucur ikan bilis yang boleh dimakan seisi keluarga.

Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat!

Jom cuba pelbagai resepi yang lain dengan klik sini!