Banyak je menu yang kalau dinikmati bersama daging bakar, memang sedap. Senang cerita, lengkap rasanya. Rasa daging yang diperap dan dibakar tu, memang best.
Jusnya keluar apabila digigit, kalau makan macam tu je tanpa sos apa-apa pun sedap kan Mommy? Jom, kita buat daging bakar yang simple tetapi secukup rasa ni?
Resepi Daging Bakar
Resepi oleh: Malina Lina Pg
Bahan-Bahan
Bahan perap daging
- 280 gram isi daging
- Sesudu besar sos tiram
- Sesudu besar sos ikan
- 1/2 sudu besar gula
- Sesudu kecil lada hitam kasar
Cara-Cara
1. Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan perapan daging bersama ketulan daging dan perapkan selama setengah jam.
2. Selepas setengah jam, panaskan minyak masak dalam pan dan bakarkan daging tadi sehingga masak.
3. Sekarang, bolehlah hiris nipis-nipis dan hidangkan!
Tips Memasak Resepi Daging Bakar
- Makin lama Mommy perapkan daging ni, makin sedap tau.
- Nanti jangan bakar lama sangat. Takut liat dan keras pula dagingnya.
Kalau nak makan bersama dengan nasi macam nasi kerabu ke, memang sedap ni Mommy. Nak makan macam tu je dengan sos pun best. Cuba juga masak sup ayam Thai yang penuh dengan rasa ni.
Selamat menjamu selera Mommy!
Resepi Daging Bakar
Equipment
- Non-stick frying pan
Ingredients
Bahan perap daging
- 280 gram ketulan daging
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam kasar
- 1/2 sudu besar gula
Instructions
- Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan perapan daging bersama ketulan daging dan perapkan selama setengah jam.
- Selepas setengah jam, panaskan minyak masak dalam pan dan bakarkan daging tadi sehingga masak.
- Sekarang, bolehlah hiris nipis-nipis dan hidangkan!
Inginkan lebih banyak resepi untuk dicuba? KlikĀ DI SINI.