Bila tengok ketulan daging dalam peti sejuk, terfikir pula nak masak apa. Kadang-kadang tu, rasa nak makan protein je. Cicah dengan sos dan dilengkapi dengan sayur-sayuran. Tak nak makan nasi dan yang berat-berat.
Kalau Mommy tengah rasa macam ni dan sedang mencari resepi protein yang boleh membuka selera, apa kata cuba buat daging harimau menangis ni?
Resepi Daging Harimau Menangis
Resepi oleh: iCookAsia
Bahan-Bahan
Bahan perap daging
- Sekilo daging yang dipotong nipis
- 3 sudu besar sos cili SAJI
- 3 sudu besar sos tiram SAJI
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 4 sudu besar sos ikan
- Sesudu besar lada hitam ditumbuk
- 1/2 sudu kecil garam gunung SAJI
- 1/4 cawan minyak masak SAJI
Bahan sos
- Secawan air asam jawa
- 3 sudu sos ikan
- Jus sebiji limau nipis
- 1/2 cawan gula melaka yang ditumbuk halus
- 10 biji cili api yang ditumbuk
- Sebiji bawang merah yang dihiris nipis
- Sesudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus
- 2 helai daun ketumbar yang dipotong halus
- Sedikit garam
Cara-Cara
1. Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan perapan daging bersama dengan isi daging dan perapkan selama 2 jam.
2. Sementara tu, kita buatkan sosnya. campurkan kesemua bahan sos dan kacaukan sebati dalam mangkuk kecil.
3. Sekarang, panaskan non-stick frying pan dan bakar daging kita yang diperap tadi.
4. Bila daging dan masak, hidangkan dan siap untuk dicicah bersama sos tadi!
Tips Memasak Daging Harimau Menangis
- Mommy pandai-pandailah seimbangkan rasa manis, masin, pedas dan masam untuk bahan perapan daging dan sos ni ya? Apa pun, ikut selera masing-masing kan.
Sedapnya nikmati daging harimau menangis ni. Cicah dengan sosnya…memang menjerit lah!
Selamat mencuba!
Jom cuba resepi yang lain di SINI.