Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Daging Hitam Kenduri – Boleh Makan Puas-puas Di Rumah!

resepi daging hitam kenduri

Kredit gambar: Youtube @Che Nom

Mommy penggemar resepi daging hitam kenduri? Haa…kalau suka, Mommy kena ikuti perkongsian resepi yang kami kongsikan di bawah ini! Kalau pergi rumah kenduri, memang menu ini sangat-sangat digemari ramai dan cepat habis.

Jadinya, memang tak puas makan lah lagi-lagi kalau kita ni jenis pemalu nak tambah makanan!

Pilihan lain, untuk nikmati rasanya yang sedap, apa kata kalau Mommy cuba masak di rumah? Bolehlah makan sepuas hati dengan senang hati. Nak lagi sedap makan dengan nasi beriani dan acar timun. Memang terangkat rasanya.

Tanpa membuang masa, jom Mommy kita lihat macam mana cara untuk menyediakannya di bawah ini! Selamat mencuba!

Resepi Daging Hitam Kenduri

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging kambing atau lembu
  • 1/2 botol kecil kicap manis (jenama cap kipas udang)
  • Gula pasir (ikut anggaran)
  • Gula melaka 1 ketul
  • Garam (ikut anggaran)
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Bawang besar (dihiris)
  • Daun pandan 1 disimpul
  • Serai 1 batang diketuk
  • 2 batang daun kari
  • Kismis 3 sudu besar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • Bawang goreng 3 sudu besar
  • Kiub ayam 1 ketul
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Minyak secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 7-8 batang serai
  • 10 tangkai cili kering (dibasuh dan direbus seketika halia – 4 @ 5 inci)
  • 3 biji bawang besar
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih

Cara memasak:

#1. Mula-mula, Mommy panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan, daun pandan, serai, daun kari. Tumis sehingga naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian, masukkan bahan yang telah pun dikisar dan serbuk kari daging. Mommy masak sehingga ia pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana besar supaya ia dapat masak dengan sempurna.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Setelah itu, apabila sudah pecah minyak, Mommy masukkan pula kicap, gula melaka, kiub ayam dan daging. Masak sehingga daging menjadi empuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Biarkan ia masak sehingga menjadi sedikit kering baharulah dimasukkan kismis. Mommy perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Acar Timun Bertumis

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • Timun 1 biji (dipotong)
  • Lobak merah 1 biji (dipotong)
  • Bawang kecil 15 biji
  • Bawang putih 15 biji
  • Halia 2 cm dihiris halus2
  • Biji sawi 1 sudu besar
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Rempah kari ikan 1 sudu besar
  • Gula melaka 1 sudu besar
  • Gula putih 1 sudu besar
  • Kismis 2 sudu besar
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam (ikut anggaran)
  • Serbuk perasa
  • Daun kari 1 batang
  • Minyak masak 3 sudu besar

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, Mommy panaskan minyak masak dan setelah minyak mula panas, Mommy masukkan biji sawi dan daun kari. Kacau sebati menjadi sehingga sedikit garing dan naik bau.
  2. Kemudian, tumis cili kisar sehingga ia pecah minyak baharulah dimasukkan serbuk kari. Biarkan ia masak seketika.
  3. Setelah itu, masukkan pula halia, bawang kecil serta bawang putih dan masak sehingga kekuningan menggunakan api sederhana.
  4. Seterusnya, Mommy masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa, kismis, lobak merah dan timun, gaul sebati semua bahan sehingga ia masak dengan sempurna. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!


Mommy boleh juga dapatkan pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!