Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Daging Masak Hitam Kuah Pekat Memikat

Hidangan resepi daging masak hitam ini walaupun mengambil masa yang lama untuk disediakan, tetapi rasanya itu sangat berbaloi untuk dinikmati.

Untuk mendapatkan daging yang empuk dan kuahnya yang berpalit, masa yang diperlukan untuk memasaknya dengan sempurna mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam.

Walaupun lama, tetapi rasa penat memasak itu akan terus hilang tatkala menjamahnya. Memang sangat sedap dan penuh dengan segala rasa dan aroma mewangi.

Menu ini sangat popular dan selalu menjadi menu pilihan utama terutama ketika kenduri perkahwinan. Kalau Mommy sukakan hidangan ini, boleh cuba memasaknya dengan mengikuti panduan resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Resepi Daging Masak Hitam

Highlighted


Bahan-bahan

Kredit gambar: Facebook @MAHN
  • Daging 2 kilo
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Cili kering 20 tangkai (dikisar)
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Halia 5-6 hiris
  • Serai 2 batang
  • Buah keras 5 biji
  • Kismis 1 genggam (lebih sedap jika menggunakan kismis berwarna hitam)
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Rempah 4 sekawan

Cara-cara

#1. Mula-mula Mommy potong daging tidak terlalu tebal, cuci bersih dan toskan airnya. Kemudian, perap daging yang telah dipotong tersebut dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering yang telah dikisar halus.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Perap daging tersebut dalam anggaran 2 hingga 3 jam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Sementara Mommy tunggu daging diperap elok, sediakan bahan kisar yang lain pula iaitu halia, serai, bawang putih, jintan manis, lada hitam, buah keras, kismis dan bawang besar.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Bekas berwarna biru untuk bahan kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Manakala, bekas berwarna pink pula untuk bahan kisar seperti jintan manis, buah keras, lada hitam dan serai.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Kemudian, Mommy panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan. Setelah itu, masukkan pula bahan kisar dalam bekas berwarna biru tadi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Setelah bawang garing, masukkan pula bahan kisar dalam bekas yang berwarna pink.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#7. Masak sehingga ia pecah minyak, barulah Mommy masukkan daging.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Perlahankan api dan jangan masukkan air sebabnya nanti air dari daging akan keluar.

#8. Seterusnya, Mommy masak sehingga ia menjadi kering. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tips Memasak Resepi Daging Masak Hitam

  • Tak perlu tambah garam dan gula kerana bahan perapan tadi sudah memainkan peranan sebagai perasa yang lengkap. Tapi kalau Mommy sukakan rasa yang lagi manis, boleh tambahkan gula mengikut citarasa sendiri.

Hidangan ini sangat enak dinikmati bersama dengan nasi hujan panas. Apa kata kalau Mommy sediakan pula hidangan nasi hujan panas berpandukan resepi yang kami kongsikan di SINI!


Dapatkan pelbagai resepi menarik diĀ SINI.