Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lagi Padu! Resepi Daging Masak Kicap Menggunakan Dapur Arang

Kredit gambar: resepilah.com

Resepi daging masak kicap menjadi pilihan ramai orang kerana rasanya yang sangat sedap dan kini resepinya telah pun diolah dan dipelbagaikan. mengikut citarasa masing-masing.

Ada yang suka ia sedikit pedas dan ada yang inginkan rasa manis sahaja. Bagi yang mempunyai anak kecil menu ini pastinya mampu membuka selera mereka.

Selain bahan-bahannya mudah disediakan ia juga tidak mengambil masa yang lama kerana daging boleh direbus terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti untuk digunakan pada ila-bila masa.

Di bawah ini kami kongsikan cara paling mudah untuk memasak daging kicap namun masih mampu memikat selera anda. Yang lagi menarik, dengan menggunakan dapur zaman nenek moyang kita atau pun dapur arang tradisional.

Lebih kaw dan padu rasanya!

Cara Penyediaan Resepi Daging Masak Kicap

Berikut merupakan cara-cara untuk membuatnya iaitu:

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk santan
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara-cara Masak:

#1. Potong daging mengikut saiz yang anda inginkan. Basuh daging sehingga bersih kemudian rebus sehingga daging lembut.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Masukkan halia dan lengkuas ke dalam pengisar bersama sedikit air dan kisar bahan tersebut sehingga halus.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas tuangkan bahan yang telah mommy kisar tadi dan tumis sehingga warnanya kekuningan atau naik bau. Masukkan juga serai yang telah dittik.

#3. Selepas itu masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar terlebih dahulu dan biar sehingga ia masak. Masukkan asam keping.

#4. Kemudian tuang cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kicap, kacau biar sekata dan biarkan ia mereneh seketika.

Kredit gambar: Facebook @Jefri Mejan

Selepas itu masukkan daging yang telah direbus bersama sedikit air rebusan daging tadi. Kacau sehingga daging bersalut dengan kuah dan masak dengan api sederhana. Gunakan penutup supaya daging cepat empuk dan semua bahan meresap dengan cepat.

#5. Setelah daging lembut, masukkan santan, garam dan gula mengikut citarasa anda. Masukkan bawang Holland yang dipotong bulat dan daun limau purut yang telah dicarik terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @Jefri Mejan

Siap untuk dihidangkan dan sangat sedap dimakan bersama nasi putih yang masih panas.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Daging Masak KicapĀ 

  • Pilih daging yang tidak berurat dan berlemak
  • Jangan rebus daging menggunakan air yang terlalu banyak
  • Gunakan api sederhana semasa merebus atau memasak daging

Semoga perkongsian ini dapat membantu Mommy menyediakan menu yang ringkas, menjimatkan masa, tetapi dalam masa yang sama masih lagi mampu menambat selera keluarga. Mommy juga boleh cuba resepi nasi daging air asam utara di SINI!


Untuk resepi-resepi lain, Mommy boleh rujuk SINI.