Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Kesukaan Semua Peringkat Umur, Ini Resepi Daging Masak Kicap Yang Enak!

resepi daging masak kicap

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

Masakan berkicap ni semua sedap. Masaklah dengan lauk apa pun. Tak perlu pun banyak lauk lain. Ada satu masakan berkicap yang dinikmati dengan nasi panas, lebih daripada cukup dah.

Biasanya kalau masak masakan berkicap, tak perlu buat hidangan berkuah dah. Sayur pun, boleh masukkan sekali dengan lauk dalam masakan berkicap ni.

Antara lauk yang best dan sesuai untuk masak berkicap adalah, lauk daging. Jom Mommy, kita cuba?

Resepi Daging Masak Kicap

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

Resepi oleh: Limau Nipis

Bahan-Bahan

  • 400g daging lembu yang dihiris nipis
  • Sesudu kecil garam
  • Sesudu kecil kunyit
  • Sebiji bawang besar yang dihiris
  • 3 ulas bawang putih yang dihiris
  • Seinci halia yang dihiris
  • Cili merah dan cili hijau yang dihiris
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis

Cara-Cara

1. Gaulkan sebati daging bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian perapkan dalam 10 minit.

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

2. Sekarang, panaskan minyak masak dan masukkan daging. Gaul-gaul.

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

3. Diikuti dengan bahan yang dihiris. Kacau sehingga jus daging keluar dan isi daging empuk. Kalau Mommy rasa perlu tambah air, tambahlah ya secukupnya.

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

4. Bila dah empuk isi dagingnya, bolehlah masukkan kesemua sos bersama kicap manis. Gaulkan sebati.

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

5. Akhir sekali, taburkan cili merah dan cili hijau. Gaul-gaul dan siap!

Kredit gambar: Youtube @Limau Nipis

Tips Memasak Resepi Daging Masak Kicap

  • Jangan masukkan air dahulu ketika menumis ya. Biarkan jus daging keluar dahulu dan kalau masih tak empuk isinya, barulah boleh tambah air.

Mudah sangat kan masak daging kicap ni? Enak pula tu! Pasti tak cukup sepinggan.


Lihat pelbagai resepi daging yang menarik di SINI.