Resepi dalca daging merupakan hidangan tradisional yang amat popular dalam masakan Malaysia terutama di negeri Kelantan.
Dalca adalah sejenis kari yang dihasilkan daripada campuran daging seperti ayam atau lembu dengan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kacang panjang, terung, dan kentang.
Hidangan ini tidak hanya menggoda selera tetapi juga memberikan rasa yang kaya dengan perpaduan rempah yang beragam.
Dengan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran tempatan, Jom Mommy, kita terokai bersama resepi dalca daging yang dikongsikan di bawah yang pastinya akan memukau selera semua orang!
Resepi Dalca Daging
Bahan-bahannya:
- 250gm daging batang pinang
- Satu genggam kacang dal
- 5 batang kacang panjang
- 1 biji terung panjang
- 1 batang lobak merah
- 2 biji kentang
- 1 biji tomato
- 5 tangkai cili padi hijau
- 4 sudu besar serbuk kari
- 1 kotak santan 200ml
- 1 keping asam keping
Bahan untuk dikisar:
- 5 tangkai cili kering
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar saiz sederhana
- 2 inci halia
Bahan hirisan:
- 1 biji bawang besar saiz sederhana
- 2 ulas bawang putih
Bahan tumisan:
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
Cara-cara memasaknya:
#1. Hiris daging sedikit nipis. Cuci bersih dan toskan airnya. Panaskan minyak di dalam kuali.
Apabila minyak sudah panas, tumis bahan tumisan sehingga kekuningan dan berbau wangi. Kemudian masukkan bahan yang dihiris dan masak sehingga sedikit layu.
#2. Seterusnya, tuangkan pula bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga ia pecah minyak.
Selepas itu masukkan rempah kari bersama sedikit air dan masak sehingga rempah sedikit garing.
#3. Setelah rempah garing, masukkan daging dan tambahkan air secukupnya. Masak sehingga daging menjadi lembut.
#4. Kemudian, masukkan kacang dal yang telah Mommy rebus, santan, asam keping, kentang, lobak merah dan masak sampai kentang dan lobak merah empuk.
Masukkan kacang panjang, terung dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali, masukkan cili padi hijau sebagai hiasan sebelum padamkan api.
Jadi, apa kata kalau Mommy cuba resepi Dalca Daging hari ini dan nikmati pengalaman makan yang memuaskan dengan hidangan yang memenuhi citarasa, menggoda selera, menjadikannya pilihan terbaik untuk santapan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Jom cuba pelbagai lagi hidangan menarik yang lain di SINI!