Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi French Toast Roll Ups, Sesuai Dijadikan Sarapan Untuk Seisi Keluarga

Inginkan resepi sarapan pagi yang simple dan mudah disediakan? Mari, min kongsikan idea sarapan pagi yang pasti menjadi kesukaan semua orang.

Dengan menggunakan roti sahaja, Mommy boleh menyediakan satu makanan yang sedap serta dapat memberikan tenaga untuk memulakan hari dengan ceria, iaitu French Toast Roll Ups.

Bukan sahaja untuk sarapan, makanan ini juga sesuai dijadikan menu minum petang tau.

Resepi French Toast Roll Ups 

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus roti sandwich Gardenia
  • Krim keju yang dilembutkan, strawberri yang dipotong, atau Nutella
  • 2 telur
  • 3 sudu susu
  • ⅓ cawan gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • Mentega (untuk disapu ke atas kuali)
  • Gula icing (untuk hiasan)

Cara-Cara Memasak French Toast Roll Ups:

1. Potong tepi roti, dan penyek roti menggunakan rolling pin.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks
Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

2. Sapukan 1-2 sudu inti pilihan anda dihujung roti. Gulung roti dengan ketat dan ulang dengan baki roti.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

3. Di dalam mangkuk, pukul telur dengan susu sehingga sebati.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

4. Kemudian, campurkan gula dengan serbuk kulit kayu manis.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

5. Panaskan kuali di atas api sederhana dan cairkan 1 sudu mentega.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

6. Hiaskan dengan buah, taburkan sedikit gula icing dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit Gambar: Youtube@Crouton Crackerjacks

 

Print

French Toast Roll Ups

Course Sarapan

Ingredients

  • 1 bungkus  roti sandwich Gardenia
  • Krim keju yang dilembutkan, strawberri yang dipotong, atau Nutella
  • 2 telur
  • 3 sudu susu
  • cawan gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • Mentega (untuk disapu ke atas kuali)
  • Gula icing (untuk hiasan)

Instructions

  • Potong tepi roti, dan penyek roti menggunakan rolling pin.
  • Sapukan 1-2 sudu inti pilihan anda dihujung roti. Gulung roti dengan ketat dan ulang dengan baki roti.
  •  Di dalam mangkuk, pukul telur dengan susu sehingga sebati.
  • Kemudian, campurkan gula dengan serbuk kulit kayu manis.
  • Panaskan kuali di atas api sederhana dan cairkan 1 sudu mentega.
  • Hiaskan dengan buah, taburkan sedikit gula icing dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Mommy!


Dapatkan pelbagai resepi yang mudah dan sedap di SINI.